Utusan Borneo (Sarawak)

Hanyut, dua warga Cuba maut

-

MIAMI: Duaorangpe­ndatang Cuba meninggal dunia dan seramai lapan orang lagi telah hilang selepas satu pengembara­an di laut selama tiga minggu, menurut kepada anggota keluarga kepada 15 orang mangsa terselamat dari sebuah bot yang mengalami selaran matahari dan dihidrasi yang teruk telah diselamatk­an oleh pihak Tentera Laut Mexico pada minggu ini.

Rakyat Cuba tersebut, yang bakal berdepan penghantar­an pulang ke Cuba, telah menerima rawatan di sebuah fasiliti imigresen di bandar Merida, di Semenanjun­g Yucatan di Mexico.

Bot uzur buatan sendiri yang membawa seramai 25 orang meninggalk­an Manzanillo di timur Cuba pada 7 Ogos, Jose Caballero, suami kepada salah seorang mangsa terselamat, memberitah­u Reuters kelmarin dalam satu temubual telefon dari Austin, Texas.

Caballero, yang meninggalk­an Cuba dengan satu laluan serupa pada Disember lepas, menyatakan isterinya, Mailin Perez, memberitah­u beliau melalui panggilan telefon dari Mexico bahawa motor bot tersebut mengalami kerosakan selepas dua hari dan para penumpang telah menggunaka­n layar buatan sendiri.

Dipercayai mereka adalah hampir dengan perairan barat laut Cuba ketika tujuh atau lapan orang penumpang memutuskan untuk berenang ke tepian pantai dengan berpaut pada tiub dalam getah.

“Tiada sesiapa mendengar sebarang berita mengenai mereka sejak itu,” kata Caballero.

Bot tersebut telah terkandas selama lebih dari dua minggu, tanpa makanan dan hanya meminum air hujan, sebelum ia dikesan oleh nelayan dan dihalang oleh sebuah kapal pasukan tentera laut kirakira 150 batu timur laut Puerto Progreso di Yucatan, menurut pihak Tentera Laut Mexico pada Isnin lepas.

Seorangrem­ajalelakib­erusia 16 tahun telah meninggal dunia tidak lama kemudian selepas dia diselamatk­an akibat serangan jantung mengejut, menurut pihak berkuasa.

Caballero menyatakan isterinya memberitah­u dia seorang lagi penumpang, seorang wanita mengandung enam bulan, meninggal dunia semasa pelayaran tersebut dan mayatnya telah dibuang ke dalam laut.

“Mereka cuba untuk menyelamat­kannya.

“Mereka memberikan­nya minum air kencing dengan susu pekat,” katanya, sambil menambah bahawa isterinya merupakan seorang pembantu di sebuah bank darah dan mempunyai bekalan ubatubatan dalam simpananny­a.

“Suami wanita itu bertindak mencucuk kulitnya sendiri untukmenge­luarkandar­ahnya agar dapat diminum isterinya dengan picagari,” tambahnya lagi.

Seorang pegawai kerajaan Mexico menyatakan ia akan kemungkina­n 15 orang itu akan dihantar pulang.

Kejadian terbaharu bagi bot penuh membawa pendatang Cuba berlaku hanya beberapa hari selepas enam orang lelaki yang memperkena­lkan diri mereka sebagai rakyat Cuba mendarat di pulau perairan Texas selepas enjin bot mereka mengalami kerosakan dan mereka hanyut selama dua minggu di seberang teluk Mexico, menggunaka­n layar yang diperbuat dari kepingan plastik.

Anggota keluarga bagi sebuah bot membawa seramai 11 orang penduduk Cuba, dilihat kali terakhir meninggalk­an Pulau Cayman pada 28 Ogos, turut menanti dengan perasaan tertanyata­nya mengenai nasib mereka kelmarin.

Di bawah polisi ‘kaki basah, kaki kering’ AS, pendatang Cuba yang selamat sampai di daratan AS dibenarkan masuk manakala mereka yang dipintas di laut dihantar pulang.

Peronda Sempadan AS berkata lewat Julai bahawa lebih 13,500 warga Cuba yang cuba merentasi sempadan barat daya AS sejak 1 Oktober, berbanding empat tahun lalu di mana jumlahnya sekadar 5,500 orang dalam tempoh 12 bulan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia