Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rogol di Central Park, lima lelaki dapat AS$41j

-

NEW YORK: Hakim persekutua­n Amerika Syarikat ( AS) menganuger­ahkan pampasan berjumlah AS$41 juta kepada lima lelaki yang tersilap disabitkan atas kejadian rogol dan cubaan membunuh kejam pada 1989 terhadap seorang wanita kulit putih yang berjoging di Central Park, New York.

Pampasan tersebut menamatkan saman perundanga­n hak asasi awam dalam kes Central Park Jogger selama beberapa dekad.

Lelaki tersebut, kesemuanya remaja kulit hitam atau Hispanik dari Harlem pada masa itu, tersilap disabitkan hampir membunuh pegawai bank pelaburan Trisha Meili, 28, ketika sedang ‘wilding’, gengster menyerang orang asing, di taman itu pada suatu malam April yang panas.

Datuk Bandar Bill de Blasio menerima baik keputusan itu yang akan menyaksika­n setiap seorang menerima kira-kira AS$1 juta bagi setiap tahun mereka dipenjarak­an, sebagai tindakan keadilan yang telah lama tertunggak.

Pegawai sebelumnya Michael Bloomberg menentang kes tersebut.

“Atas kebenaran hari ini oleh seorang hakim persekutua­n, kami akhirnya menyelesai­kan kes ini dan lima lelaki ini serta keluarga mereka boleh mulai membina hidup baharu,” kata de Blasio.

Pihak bandar tidak mengaku melakukan sebarang kesalahan, dengan peguam kanan Zachary Carter menyatakan keduadua detektif yang menyiasat dan penolong peguam daerah yang terlibat dalam kes yang bertindak secara munasabah.

Meili keluar untuk berjoging pada waktu malam di utara Central Park sebelum diserang hendap di satu laluan gelap dan diheret ke dalam belukar di mana dia dipukul, dirogol dan dibiarkan mati.

Mangsa perlahan- lahan beransur pulih namun tidak mengingati serangan itu, menyebabka­n pihak polis dan pendakwa raya mengalami tekanan hebat daripada pihak media dan penduduk New Tork yang ketakutan untuk mencari penyerang.

Dalam masa beberapa jam, para penyiasat menahan lima remaja dalam usaha pemburuan di sebuah kawasan dan menyoal siasat mereka, tanpa kehadiran peguam bela atau ibu bapa pada mulanya.

Meskipun wujud keraguan ketara dan tiada padanan DNA dari kawasan jenayah, kesemuanya disabitkan bersalah dengan setiap seorang menerima hukuman penjara antara enam hingga 13 tahun sebelum seorang perogol bersiri mengakui dia telah menyerang Meili bersendiri­an.

Kes kelima-lima lelaki itu telah dijadikan sebuah filem, ‘The Central Park Five’ yang ditayangka­n di Cannes pada 2012. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia