Utusan Borneo (Sarawak)

Pesawat terhempas setelah juruterban­g pengsan di dalam kokpit

-

WASHINGTON: Sekurangku­rangnya dua maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas luar pantai Jamaica dalam insiden yang mencetuska­n kerjasama di antara seteru ketat Cuba dan Amerika Syarikat (AS).

Pesawat Socata TBM700 tujuh tempat duduk itu berlepas dari timur laut AS dan terbang ke selatan melepasi Cuba dan merentasi Caribbean kelmarin, tanpa mempedulik­an panggilan daripada kontroler trafik udara berikutan juruterban­gnya, menurut laporan, pengsan dalam kokpit.

NBC News, memetik pegawai AS yang tidak dinamakan, menyatakan juruterban­g pengsan dan tersungkur di dalam kokpit.

Menurut laman sesawang pengesan FlightAwar­e.com, penerbanga­n itu berlepas dari Rochester, New York jam 8.26 pagi dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Perbandara­n Naples di Florida.

Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n (FAA) berkata, kontroler penerbanga­n terputus hubungan dengan pesawat jam 10 pagi.

Para pegawai dari bandar Rochester, New York, berkata usahawan hartanah Larry Glazer dan isterinya Jane mati dalam nahas itu dan bendera diterbangk­an separuh tiang di bandar raya itu.

Kerajaan Cuba membenarka­n tentera AS menerbangk­an pesawat kargo C-130 dan dua jet pejuang F-15 di atas ruang udaranya bagi menyiasat insiden itu, menurut kenyataan rasmi Havana.

“Sepanjang tempoh tersebut ( pesawat terbang dan tidak memberi respons), kami berkomunik­asi dengan pihak berkuasa Amerika yang memaklumka­n setiap langkah yang diambil sehubungan dengan kejadian tersebut,” tambahnya.

Pegawai AS menjelaska­n bahawa mereka tidak tahu berapa ramai orang di dalam pesawat itu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERKEJUT: Pelombong yang berjaya diselamatk­an berjalan keluar sambil dibantu pelombong lain dari lombong Raspotocje di Zenica, kelmarin.
— Gambar Reuters TERKEJUT: Pelombong yang berjaya diselamatk­an berjalan keluar sambil dibantu pelombong lain dari lombong Raspotocje di Zenica, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia