Utusan Borneo (Sarawak)

Lima pelombong Bosnia mati

-

ZENICA: Lima pelombong Bosnia disahkan mati kelmarin, sehari selepas gempa bumi menyebabka­n tanah runtuhdilo­mbongRaspo­tocje, ketika pasukan kecemasan berjaya mengeluark­an 29 pelombong.

Pengurus lombong Esad Civic berkata, 34 pelombong terperangk­ap sedalam 500 meter di bawah tanah akibat runtuhan batu Khamis lepas.

“Kemalangan perlombong­an di lombong Raspotocje merupakan tragedi besar bagi semua penduduk Bosnia dan Herzegovin­a.

“Malangnya, kami kehilangan lima nyawa, “Nermin Niksic, perdana menteri persekutua­n autonomi Bosnia- Croat di Bosnia, memberitah­u agensi berita Fena.

Mangsa terselamat mulanya melaporkan melihat empat mayat dalam laluan bawah tanah yang masih tidak dapat dimasuki.

Gempa bumi sekuat 3.5 magnitud Khamis lepas berhampira­n pekan Zenica di tengah Bosnia menyebabka­n batu di lombong berhampira­n runtuh dalam letupan, menurut pihak berkuasa.

Seramai 32 pelombong mati dalam letupan batu di Raspotocje pada 1982, dan Civic menyatakan dua letupan batu sebelum ini di lombong itu tahun ini telah mencederak­an 16 orang.

Anggota keluarga menunggu gelisah di dalam kompleks lama era sosialis bagi sebarang berita mengenai orang tersayang.

“Kami amat bimbang,” Maida Isakovic, 12, berkata sambil menangis sebelum ayahnya Fejzo disahkan salah seorang mangsa maut.

Beberapa pelombong dengan muka hitam dikotori debu arang batu diusung ke kenderaan kecemasan sebaik muncul ke permukaan, sementara yang lain dapat berjalan keluar sendiri.

Dzenan Hodzic, jurucakap hospital tempatan, menyatakan 26 pelombong telah dimasukkan ke hospital dan dua orang lagi di wad kecemasan tempatan.

“Tiada seorang pun mengalami kecederaan yang membahayak­an nyawa,” kata beliau.

Raspotocje menghasilk­an arang batu bagi syarikat tenaga utama Bosnia, EPBiH, dan mempunyai 430 pelombong.

Civic menyatakan ia mempunyai salah satu lombong paling lengkap di wilayah itu sebelum kejatuhan Yugoslavia pada 1990, namun terjejas akibat letupan dalam peperangan Bosnia dan dinaik taraf secara berperingk­at.

Pada 2009, kerajaan persekutua­n mempunyai tujuh lombong arang batu, termasuk Raspotocje, dengan EPBiH membekalka­n loji menggunaka­n arang batu, dan syarikat berjanji akan melaburkan lebih 200 juta Bosnian marka ( AS$ 133.5 juta) sepanjang lima tahun bagi memperbaik­i keadaan di tempat kerja. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia