Utusan Borneo (Sarawak)

PUTIH MATA

Suspek curi lari sambil pikul TV dibelasah penduduk kampung, rakan subahatnya pecut lari.

- Oleh Sandy Mark Luna

KUCHING: Usaha seorang lelaki berlari sekuat hati sambil memikul televisyen yang dicuri daripada majikan sendiri ternyata sia-sia apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap, malah menerima pengajaran menyakitka­n daripada penduduk Kampung Lintang di sini, pagi semalam.

Menurut seorang penduduk kampung, dia cuba mengejar pemandu sebuah kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kejadian itu, apabila ternampak seorang lagi lelaki yang turut mengejar rakannya sambil memikul televisyen bersaiz 42 inci di atas bahunya.

“Saya sedang berlari mengejar lelaki yang memandu Viva itu apabila ternampak lelaki itu (suspek) berlari di tepi saya sambil memikul televisyen.

“Pada saat itulah saya menyedari pemandu itu tidak berseorang­an. Dia (suspek) kemudian mencampakk­an televisyen itu ke tepi jalan dan terus berlari sekuat hati namun kecundang jua apabila berjaya ditangkap,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di One Stop Centre, awal pagi semalam.

Dalam insiden sekitar jam 12.15 pagi itu, suspek berusia 26 tahun itu dipercayai memecah masuk kediaman Bojet Idris, 63, dan melarikan televisyen, jam tangan dan cincin kepunyaan pemilik rumah.

Rakan subahatnya yang menunggu dalam Viva bagaimanap­un terus memecut laju sebelum suspek sempat masuk ke dalam kereta itu apabila kegiatan mereka disedari isteri pemilik rumah serta jiran berhampira­n.

“Dia cuba mengejar rakannya sambil memikul televisyen. Namun akhirnya dia berjaya ditangkap, lalu dibelasah.

“Saya yang cuba menahan mereka daripada terus membelasah suspek, terkejut apabila mendapati pencuri itu merupakan pekerja saya sendiri,” katanya.

Jelasnya, dia baharu memasuki bilik tidur apabila terdengar anak dan isterinya menjerit ‘Pencuri!’ berulang kali dari tingkat bawah sehingga menarik perhatian jiran-jirannya.

“Isteri saya juga sempat berbual dengan pemandu kereta itu selepas curiga melihat kereta yang mana pintu belakangny­a dalam keadaan terbuka berhenti di hadapan rumah kami.

“Dia (isteri) hanya menyedari mereka sebenarnya pencuri selepas melihat seorang lagi lelaki mengangkat keluar televisyen,” katanya.

Suspek kemudian diikat menggunaka­n tali sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Laporan polis telah dibuat dan kes sedang disiasat.

 ??  ?? DAPAT SEMULA: Bojet menunjukka­n jam Parti
Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berjaya diperolehi semula selepas dilarikan suspek bersama televisyen 42 inci miliknya.
PADAH: Suspek diserahkan kepada
pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.
DAPAT SEMULA: Bojet menunjukka­n jam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang berjaya diperolehi semula selepas dilarikan suspek bersama televisyen 42 inci miliknya. PADAH: Suspek diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia