Utusan Borneo (Sarawak)

PENYANGAK CUBA CURI ‘YOKO YOKO’ DICEKUP

-

SIBU: ‘Yoko Yoko’ antara barangan yang ditemui pada seorang ‘penyangak pasar raya’ yang dicekup mencuri di sebuah pasar raya di Jalan Mahsuri di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, pencuri berumur 20 tahun berbangsa Iban terbabit pernah terlepas daripada kesalahan yang sama di pasar raya yang lain ekoran kekurangan bukti.

Suspek juga pernah meringkuk di dalam penjara atas kesalahan mencuri, namun dia tidak pernah serik mengulangi jenayah sama yang seolah-olah sudah menjadi ‘periuk nasinya.’

Menurut sumber, suspek tidak akan memasuki kedaikedai atau pasar raya yang menampal notis atau gambargamb­ar suspek curi di luar pintu masuk, sebaliknya hanya menyasarka­n kedai yang tidak berbuat sedemikian.

Kali ini, modus operandi suspek tidak menjadi apabila taktik menyembuny­ikan barang curi di dalam beg sandangnya terbongkar selepas gelagatnya berjaya diperhatik­an oleh seorang pembantu kedai di pasar raya terbabit.

Suspek terus ditahan oleh ‘detektif’ kedai itu, sebaik sahaja dia cuba beredar dari situ.

Ketika diperiksa, pihak pasar raya mendapati pelbagai jenis barang runcit seperti syampu, makanan tin dan ubat urut ‘Yoko Yoko’ ditemui di dalam beg sandangnya.

Pasukan polis Cawangan Pencegah Jenayah (CPJ) yang dimaklumka­n mengenai tangkapan itu segera pergi ke lokasi untuk membawa suspek ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.

Suspek kini telah direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut.

 ??  ?? BUKTI: Barangan runcit yang dicuri oleh suspek dari pasar raya berkenaan.
BUKTI: Barangan runcit yang dicuri oleh suspek dari pasar raya berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia