Utusan Borneo (Sarawak)

PENANGAN PERAHU NAGA

Acara dinanti ramai, Regata Perahu Naga Antarabang­sa menggamit tumpuan Regata Sarawak 2014.

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak akan menampilka­n satu lagi produk dalam Kalendar Pelanconga­nnya iaitu Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak yang menjadi acara tahunan serentak dengan Regata Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, dengan adanya tambahan acara berkenaan secara tahunan, ia diyakini menggalakk­an lagi penyertaan dari luar negara.

“Saya dimaklumka­n bahawa Perahu Naga ini dan Regata Sarawak akan menjadi acara tahunan dan dimasukkan dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak oleh Kementeria­n Pelanconga­n.

“Saya pasti kemudian nanti pasti ramai yang akan terlibat dalam acara tambahan iaitu lumba perahu naga ini,” ujarnya berucap merasmikan Regata Sarawak 2014 dan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 yang dihadiri Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Adenan berkata, regata atau lumba perahu adalah sinonim kepada Sarawak yang menterjema­hkan tradisi, sejarah dan kepelbagai­an aktiviti budaya rakyat negeri ini.

Beliau berkata, acara tradisi seperti perlumbaan perahu yang diadakan semasa Regata Sarawak mampu mengekalka­n keaslian budaya yang

“Saya dimaklumka­n bahawa Perahu Naga ini dan Regata Sarawak akan menjadi acara tahunan dan dimasukkan dalam Kalendar Pelanconga­n Sarawak ” oleh Kementeria­n Pelanconga­n. Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem Ketua Menteri

diwarisi masyarakat Sarawak sehingga ke hari ini.

Jelasnya, setiap kali menjelang acara regata termasuk lumba perahu di Sarawak, ia pasti akan mendapat sambutan memberangs­angkan oleh rakyatnya.

“Lumba perahu memang unik dan sangat istimewa kepada kita rakyat Sarawak dan seperti anda sedia maklum kita mempunyai banyak sungai antaranya Sungai Rajang, Baram, Sadong, Saribas dan banyak lagi.

“Malahan sungai terpanjang di Malaysia juga di Sarawak iaitu Batang Rajang dan ketiga terpanjang Sungai Baram,” tegasnya.

Beliau memberitah­u bagaimanap­un di Sarawak, sungai bukan sahaja merupakan sumber air kepada rakyatnya, tetapi juga penghubung masyarakat terutama pada satu ketika dahulu.

Regata Sarawak 2014 dan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 yang bermula pada 4 September lepas akan berakhir pada hari ini, 7 September merupakan anjuran Kementeria­n Pelanconga­n dan Pejabat Residen Kuching.

Pada kali ini, lumba Perahu Naga Antarabang­sa disertai 11 negara iaitu Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, Macau, Brunei Darussalam, Singapura, Filipina, Thailand, Taiwan dan Indonesia.

 ??  ?? TERBAIK: Adenan menunjukka­n tanda bagus selepas melakukan simbolik perasmian Regata Sarawak 2014 dan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 di Tebingan Kuching, semalam.
TERBAIK: Adenan menunjukka­n tanda bagus selepas melakukan simbolik perasmian Regata Sarawak 2014 dan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 di Tebingan Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia