Utusan Borneo (Sarawak)

‘RAJA SUNGAI’ MILIK ENRAZ CAHAYA ZEN

Catat sejarah buat pertama kali dengan memenangi kategori utama Piala TYT Regata Sarawak 2014

- Oleh Mahathir Haroun

KUCHING: ENRAZ Cahaya Zen muncul Raja Sungai Regata Sarawak 2014 selepas memenangi bidar 30 pekayuh lelaki akhir yang berlangsun­g di Sungai Sarawak, petang semalam.

Kemenangan itu menyaksika­n ENRAZ Cahaya Zen merampas Piala Pusingan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri yang menjadi milik Jang Karaton sebelum ini.

Tempat kedua dimenangi Landas 6 manakala Kumpulan Yayasan Sarawak di tempat ketiga.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Pengurus ENRAZ Cahaya Zen, Mohd Nazreen Adam berkata ini merupakan sejarah buat pasukannya kerana pertama kali mereka memenangi kategori utama pada Regata Sarawak tahun ini.

“Ini merupakan kemenangan bermakna buat kami selepas beberapa tahun menyertai Regata Sarawak dan akhirnya kami memenangi kategori utama kali ini .

“Saya tidak menjangka kami mampu memenangi perlumbaan akhir ini kerana cabaran yang diberikan pasukan-pasukan lain amat sengit,” katanya ditemui selepas perlumbaan di sini semalam.

Menurut Mohd Nazreen, pekayuh yang membarisi pasukannya merupakan gabungan rakyat tempatan dan warga Indonesia.

“Saya amat berpuas hati dengan pencapaian pasukan dan selepas ini kita akan menyertai perlumbaan di Lawas dan Lundu,” katanya bersemanga­t.

Bagi kategori bidar 30 pekayuh lelaki, sprint 1km akhir - Kumpulan Yayasan Sarawak muncul juara diikuti Landas 35 dan Sinaran Ratu Siska di tempat ketiga.

Kumpulan Yayasan Sarawak, Puteri Dang Balai pula mengunggul­i kategori perahu kenyalang 20 pekayuh campuran (15 lelaki + wanita) akhir meninggalk­an Jang Merdeka Palace Hotel Suites dan Merdeka Palace Hotel & Suites B di tempat kedua dan ketiga.

ENRAZ Cahaya Zen 1 turut mencuri tumpuan dalam kategori bidar 15 pekayuh lelaki akhir dengan mengalahka­n Landas 20 dan Sinaran Ratu Siska yang berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Kategori balok tujuh pekayuh lelaki akhir menyaksika­n Sinaran Keris Terbang muncul pemenang, manakala Todak A dan Sri Pakatt 1 masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Enraz Cahaya Zen 2 mengunggul­i kategori bidar 20 pekayuh lelaki akhir meninggalk­an Sinaran Ratu Siska 1 dan Enraz Cahaya Zen 3 di tempat kedua dan ketiga.

Kumpulan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai memenangi kategori perahu kenyalang 20 pekayuh lelaki (antarabang­sa) akhir, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi GP Jang dan Landas 33 di tempat ketiga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia