Utusan Borneo (Sarawak)

PROGRAM IPGM SASAR TINGKAT KUALITI PENDIDIKAN LUAR BANDAR

- Oleh W. Bolly Ongie

PROGRAM Pendidikan Komuniti Penan yang dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kampus Batu Lintang di Kuching, memberi fokus kepada nilai tambah profesion perguruan dan meningkatk­an kualiti pendidikan di kawasan luar bandar.

Komitmen positif warga IPGM itu yang disokong oleh Kumpulan Syarikat Samling, selaku penaja dan kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baram, bermatlama­t untuk membina dan mengamalka­n pedagogi peribumi sekolah luar bandar.

Ia merupakan langkah yang bertetapan dengan usaha Kementeria­n Pendidikan dalam membina masyarakat Malaysia yang bersatu padu, adil dan saksama melalui pendidikan, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Pendidikan Komuniti Penan di Dewan Serbaguna di Long Jekitan, Patah Baram baru-baru ini.

Majlis penutupan

“Kelangsung­an kajian itu diteruskan oleh penyelidik-penyelidik yang lain dan kita berharap agar mereka mendapat data-data terkini untuk kemajuan kajian mereka.

“Kita juga berharap agar pihak sekolah dan komuniti Penan di Long Jekitan ini dapat memberi kerjasama sepanjang mereka menjalanka­n kajian di sini,” ujar Dennis lagi.

Dalam pada itu, Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan melalui wakil mereka di Unit Pergigian Miri dan Long Jekitan, turut turun padang membantu memberi khidmat rawatan pergigian dan kesihatan kepada komuniti di Long Jekitan ini.

Seramai 250 orang ibu bapa dan 200 orang murid bakal mendapat rawatan pergigian percuma sepanjang program berlangsun­g.

Hadir sama ialah Rektor IPGM, Kementeria­n Pendidikan Malaysia Sulaiman Wak serta Pengarah IPGM Kampus Batu Lintang Awang Hambali Awang Hamdan.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Dennis (empat kiri) dan John (lima kiri) merakamkan kenangan bersama pegawai Kementeria­n Pendidikan semasa ketibaan mereka di Long Jekitan.
KENANGAN: Dennis (empat kiri) dan John (lima kiri) merakamkan kenangan bersama pegawai Kementeria­n Pendidikan semasa ketibaan mereka di Long Jekitan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia