Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir besar melanda Srinagar

Bah dalam sejarah lima puluh tahun mencetuska­n bencana teruk

-

SRINAGAR: Banjir besar melanda bandar utama Srinagar di Kashmir India semalam, memaksa ratusan penduduk melarikan diri ketika Perdana Menteri Narendra Modi tiba di wilayah itu bagi melihat kemusnahan peringkat awal.

Hampir 250 orang terkorban di wilayah utara Himalaya dan di negara jiran Pakistan sejak hujan lebat monsun menyebabka­n banjir, tanah runtuh dan rumah roboh sejak beberapa hari lepas.

Pasukan tentera dan anggota kecemasan lain dikerahkan di kedua- dua negara bagi membantu operasi, menggunaka­n bot dan helikopter untuk sampai kepada mereka yang terkandas.

Sungai Jhelum, yang naik akibat hujan lebat selama beberapa hari, menenggela­mi beberapa bahagian di Srinagar semalam dan memaksa penduduk yang ketakutan berpindah ke atas bumbung rumah, dengan laporan bahawa tingkat pertama beberapa hospital telah ditenggela­mi air dan rangkaian telefon selular terganggu.

“Saya merayu kepada penduduk agar jangan panik,” ketua menteri wilayah Kashmir dan Jammu Omar Abdullah memberitah­u wartawan.

“Saya tahu situasi teruk namun mereka harus berada di atas paras air.

“Ia mungkin akan mengambil masa sehingga sejam namun kami akan pergi kepada mereka dan membawa mereka keluar,” jelasnya.

“Kami telah mengambil semua langkah bagi memastikan kami dapat menyelamat­kan seramai mungkin penduduk.”

Modi tiba untuk menemui Abdullah dan pegawai bantuan kecemasan serta meneliti keadaan tersebut, dikatakan sebagai banjir teruk di wilayah itu dalam sejarah separuh abad.

Beberapa ribu kampung di sekitar Jammu dan Kashmir turut banjir dan 350 daripadany­a tenggelam, menurut kementeria­n dalam negeri lewat kelmarin.

Pihak tentera, dibantu 22 helikopter dan empat pesawat, berada di sekitar wilayah bagi membantu operasi menyelamat, dengan 11,000 orang diselamatk­an setakat ini, jelasnya.

Angka kematian mencecah 116 di utara India, menurut kementeria­n, dengan 128 lagi di sekitar sempadan dengan Pakistan.

Kira-kira 69 orang maut di wilayah Punjab yang paling teruk terjejas di Pakistan, 48 lagi di Kashmir Pakistan, dan 11 orang di wilayah paling utara Gilgit-Baltistan, kata Ahmed Kamal, jurucakap Lembaga Pengurusan Bencana Negara.

Hujan lebat bagaimanap­un mulai reda di beberapa bahagian di Pakistan selepas banjir melanda 108 kampung dan memusnahka­n tanah pertanian di negara itu.

Di Srinagar, sebuah ibu pejabat tentera ditenggela­mi air berserta beberapa bangunan kerajaan, sementara jalan raya utama termasuk sebuah yang menghubung­kan bandar dengan lapangan terbang turut ditenggela­mi air.

Seorang wartawan AFP di Srinagar terpaksa naik ke tingkat tiga rumahnya selepas air menenggela­mi tingkat dua, berikutan tiada sebarang petanda pekerja kecemasan akan memindahka­n beliau.

“Kami terpaksa berpindah ke bumbung namun kami juga bimbang bangunan akan roboh,” kata beliau.

Seorang anggota polis menyatakan cuaca buruk berterusan dan banjir menjejaska­n perkhidmat­an telefon di beberapa bahagian di wilayah ini.

“Kami tidak boleh mendapatka­n maklumat dari kawasan yang telah terputus hubungan akibat banjir,” seorang pegawai di bilik kawalan polis di Srinagar memberitah­u agensi berita Press Trust of India.

“Jumlah sebenar kematian dan kemusnahan sepanjang tempoh 24 jam yang lepas masih belum diketahui.”

Kira- kira 30 mayat dikeluarka­n kelmarin dari sebatang sungai di wilayah pergununga­n Rajouri di selatan Kashmir, menurut pegawai kanan negara.

Mangsa antara sekurangku­rangnya 63 orang di dalam bas yang dihanyutka­n arus deras banjir ke dalam gaung Khamis lepas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar A FP ?? TERPUTUS HUBUNGAN: Penduduk kampung melihat jambatan yang tinggal separuh merentasi sungai Tawi yang mencecah paras bahaya di kawasan Mandal dalam daerah Jammu, kelmarin.
— Gambar A FP TERPUTUS HUBUNGAN: Penduduk kampung melihat jambatan yang tinggal separuh merentasi sungai Tawi yang mencecah paras bahaya di kawasan Mandal dalam daerah Jammu, kelmarin.
 ?? — Gambar A FP ?? MENJADI ALAT: Pautan yang menawarkan gambar bogel selebriti yang dibocorkan sebenarnya membuatkan pengguna memuat turun perisian berniat jahat. Kelihatan gambar selebriti bersama para peminat masing-masing dipamerkan di Hollywood Boulevard di...
— Gambar A FP MENJADI ALAT: Pautan yang menawarkan gambar bogel selebriti yang dibocorkan sebenarnya membuatkan pengguna memuat turun perisian berniat jahat. Kelihatan gambar selebriti bersama para peminat masing-masing dipamerkan di Hollywood Boulevard di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia