Utusan Borneo (Sarawak)

Fasha Sandha dalam ‘Selamat Pengantin Madu’ di Lestary TV3

- HIBURAN

PELAKON Fasha Sandha dimadukan? Benar, itulah watak yang bakal dimainkan Fasha Sandha sebagai Hana, isteri mithali yang memendam rasa apabila dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga dalam sebuah drama rantaian di slot Lestary berjudul ‘Selamat Pengantin Madu’.

Drama yang menemui penonton TV3 bermula 3 September lalu, disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam dan setiap Khamis, 9 malam bermula Oktober nanti, membariska­n pelakon terkenal seperi Fasha Sandha, Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, dan Ieda Moin.

‘Selamat Pengantin Madu’ mengisahka­n Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi kebahagiaa­n rumah tangga bersama Hakim Ridza) tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.

Bersiaran sebanyak 13 episod, drama arahan Ibrahim Ilyas untuk produksi Pesona Pictures itu mempertaru­hkan Fasha Sandha dan Aiman Hakim Ridza sebagai teraju utama. Penuh dengan elemen kekeluarga­an dan cabaran bermadu, drama itu dilihat bakal mendapat tempat di hati para penonton.

Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanak­an segala tanggungja­wab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul.

Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniaka­n dua cahaya mata iaitu Isya dan agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta.

Hana digambarka­n sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluargany­a sahaja. Malah undangan

rakan sepejabatn­ya terbatas apabila di luar waktu kerja.

Zul pula memang menjalanka­n tugasnya sebagai suami yang bertanggun­gjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangk­an, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira.

Kewujudan watak Masmira yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritak­an wanita itu telah diperister­ikan Zul.

Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohonga­n Zul.

Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris.

Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.

Sedar bahawa anakanakny­a tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabka­n Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira mengingink­an yang sebaliknya.

Tamak dengan kasih sayang dan mengingink­an perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya.

Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira?

Untuk maklumat dan perkembang­an terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysi­a.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELAKON UTAMA: (Dari kiri) Eina Azman, Aiman dan Fasha Sandha dalam ‘Selamat Pengantin Madu’ terbaharu di slot Lestary TV3.
PELAKON UTAMA: (Dari kiri) Eina Azman, Aiman dan Fasha Sandha dalam ‘Selamat Pengantin Madu’ terbaharu di slot Lestary TV3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia