Utusan Borneo (Sarawak)

Jeti Kampung Selalang tidak selamat

Terdapat rekahan, retakan sejak aktiviti angkut batu beberapa bulan lalu

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: ‘Tidak selamat dan uzur’. Itulah luahan penduduk terhadap jeti utama berdekatan Kampung Hilir, Selalang di sini.

Pandangan dan luahan itu disampaika­n kepada media, berikutan keadaan jeti terbabit mula menampakka­n rekahan dan keretakan di beberapa bahagian utamanya.

Seorang penduduk yang hanya dikenali Mat berkata, keadaan jeti tersebut menjadi parah sejak aktiviti mengangkut batu menggunaka­n jeti terbabit beberapa bulan lalu.

“Sejak beberapa bulan lalu, jeti utama digunakan penduduk Kampung Selalang ini sudah semakin rosak namun sehingga hari ini tidak ada pihak bertanggun­gjawab meninjau keadaannya untuk dibaik pulih dan memantau aktiviti lori mengangkat batu menggunaka­n jeti itu.

“Malah, setiap hari aktiviti lori mengangkut batu beroperasi dan keadaan ini menyebabka­n jeti diperbuat daripada konkrit itu semakin rosak,” katanya di sini semalam.

Jeti utama itu terletak di belakang pekan kecil Kam-

“utama digunakan penduduk Kampung Selalang ini sudah semakin rosak, namun sehingga hari ini tidak ada pihak

bertanggun­gjawab meninjau keadaannya untuk dibaik pulih dan memantau aktiviti

“lori mengangkat batu menggunaka­n jeti itu. Mat Penduduk

pung Selalang dan lebih kurang 35 kilometer dari pusat bandar Sarikei.

Beliau yang bersimpati dengan nasib para pengguna kemudahan tersebut berharap pihak bertanggun­gjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya.

“Jeti tersebut turut digunakan oleh para pelajar sekolah dan nelayan selain penduduk kampung setiap hari,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk meminta langkah segera diambil kerana jeti tersebut mengancam keselamata­n pengguna.

“Sejak bermulanya operasi lori mengangkut batu di jeti itu penduduk sering kali dinasihati berhati-hati agar tidak berlaku kejadian tidak diingini.

“Jangan menunggu sehingga tragedi berlaku baharulah tindakan membaik pulih kemudahan awam ini dilaksanak­an,” ujarnya.

Pada masa kini, jeti tersebut adalah satu- satu kemudahan yang digunakan penduduk di lokasi terbabit untuk bergerak khususnya menjalanka­n aktiviti di sungai berhampira­n.

 ??  ?? TIDAK SELAMAT: Jeti utama di Kampung Selalang mengalami kerosakan yang menimbulka­n kerisauan penduduk setempat.
TIDAK SELAMAT: Jeti utama di Kampung Selalang mengalami kerosakan yang menimbulka­n kerisauan penduduk setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia