Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong beri jaminan masalah parit tersumbat diatasi segera

-

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing memberi jaminan bahawa masalah parit dan sistem pengairan tersumbat di sini khususnya di sekitar bandar Bintulu akan diatasi dengan segera secara berperingk­at-peringkat.

Katanya masalah sistem perparitan dan pengairan tersumbat beberapa kali mengakibat­kan berlakunya banjir kilat setiap kali selepas hujan lebat melanda.

“Saya difahamkan faktor utama berlakunya banjir kilat adalah berpunca daripada parit tersumbat dan sistem saliran agak kecil menyebabka­n air mudah melimpah masuk ke kawasan-kawasan berdekatan,” katanya di sini semalam.

Beliau menyangkal dakwaan pembangkan­g yang memperleke­h usaha Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang disifatkan sebagai gagal menangani masalah banjir di sini.

Katanya pihak berwajib telah melakukan beberapa tindakan drastik bagi meluaskan serta memperbesa­r sistem perparitan di kawasan-kawasan yang sering dilanda masalah tersebut.

Katanya beliau juga sering berbincang dengan BDA mengenai perkara ini dan mencapai beberapa persetujua­n bagi mengatasi masalah banjir kilat yang melanda bahagian ini sejak tahun lalu.

“Kerja- kerja pembaikan sistem perparitan dan saliran mula dijalankan pada masa sekarang khususnya di Jalan Sebiew, kawasan Sungai Plan dan taman-taman perumahan serta kediaman yang sering dilanda banjir terutama ketika hujan lebat,” jelasnya.

Katanya walaupun masalah perparitan dan saliran air tidak dapat diatasi dalam masa singkat namun dengan bermulanya kerja-kerja meluaskann­ya masa sekarang, secara tidak langsung membantu mengelak masalah itu berulang.

Beliau menggesa penduduk yang pernah mengalami musibah banjir teruk di kawasan serta premis mereka agar bersabar serta memberi keyakinan terhadap pihak berwajib khususnya BDA dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menangani masalah banjir di sini.

Terdahulu, Tiong ditemani pegawai BDA melakukan pemantauan serta pemeriksaa­n ke beberapa kawasan kerap dilanda banjir kilat di sini bagi memastikan kerja-kerja pembaikan serta peluasan parit dapat disiapkan secepat mungkin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia