Utusan Borneo (Sarawak)

Kecemerlan­gan akademik sesebuah sekolah perlu jalinan kerjasama

-

KAPIT: Kecemerlan­gan akademik sesebuah sekolah memerlukan jalinan kerjasama serta sokongan semua pihak termasuk Lembaga Pengurusan Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan murid sendiri.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Jefferson Unyat berkata semua pihak harus berganding bahu memainkan peranan masingmasi­ng demi kejayaan bersama sekali gus melahirkan modal insan berkualiti dalam menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Dalam perkara ini, Lembaga Pengurusan Sekolah harus memastikan sekolah dan kelas sebagai tempat pembelajar­an yang konduksif dengan menyediaka­n kemudahan serta bahan yang dapat membantu pembelajar­an murid,” katanya.

Menurutnya, guru yang dilatih dan dilengkapi dengan ilmu pengetahua­n luas amat diperlukan memainkan peranan dan tanggungja­wab mereka mendidik murid.

“Ibubapapul­aharusmema­stikan anak-anak mereka sentiasa mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan semua kerja rumah yang diberikan oleh guru di sekolah.

“Begitu juga dengan murid harus memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya semasa proses pembelajar­an.

“Manfaatkan masa lapang dengan sebaiknya dan sentiasa bersungguh-sungguh belajar demi mencapai keputusan cemerlang,” katanya pada Majlis Penutupan Kem Motivasi Bulan Bimbingan Kecemerlan­gan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Amang di sini.

Beliau menegaskan, ilmu pengetahua­n dan kemahiran adalah kunci utama kepada kejayaan dalam kehidupan seseorang individu.

“Dalam dunia globalisas­i ini, penting kepada kita menguasai ilmu pengetahua­n dan kemahiran kerana mampu mengubah taraf kehidupan dan mengeluark­an kita daripada kepompong kemiskinan,” jelasnya.

Jefferson juga berharap semua murid tahun enam SK Sungai Amang yang bakal menduduki UPSR sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaa­n tersebut.

“Manfaatkan segala pengalaman dan ilmu pengetahua­n diperolehi ketika menyertai kem motivasi untuk menghadapi peperiksaa­n demi mencapai keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Sungai Amang John Lang melahirkan rasa yakin 100 murid yang bakal menduduki UPSR dapat melakukan yang terbaik pada peperiksaa­n itu.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengurusan Sekolah SK Sungai Amang Edward Manggah Kendawang, Pengerusi PIBG SK Sungai Amang Tuai Rumah Akhan Inang dan Penolong Kanan SK Sungai Amang James Siba.

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Jefferson (tengah) melakukan penutupan Kem Motivasi Bulan Bimbingan Kecemerlan­gan UPSR 2014 SK Sungai Amang.
SELAMAT MAJU JAYA: Jefferson (tengah) melakukan penutupan Kem Motivasi Bulan Bimbingan Kecemerlan­gan UPSR 2014 SK Sungai Amang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia