Utusan Borneo (Sarawak)

Parti politik BN Sarawak cukup kuat

Ini adalah jawapan sangat baik untuk tolak parti pembangkan­g: Jabu

- Oleh Watt Zacchaeus

KANOWIT: Parti- parti politik di bawah payung Barisan Nasional (BN) Sarawak adalah cukup kuat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata ini adalah jawapan yang sangat baik untuk penduduk rumah panjang menolak semua parti pembangkan­g yang cuba menembusi kawasan luar bandar.

“Terdapat konflik kecil dalam parti tetapi dapat diselesaik­an. Justeru, rakyat perlu berdiri teguh di belakang BN,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Sistem Tagang Sungai Bugau (STAB) kepada peserta di Sungai Bugau, Nanga Kajah, Hulu Sungai Ngemah di sini kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar berkata, pembangkan­g menggunaka­n anak bangsa tempatan untuk menipu penduduk luar bandar bagi menyertai parti-parti mereka dan taktik ini adalah sama seperti digunakan oleh komunis semasa era pemberonta­kan pada 1970-an.

Mengimbas kembali zaman ancaman komunis di Sungai Ngemah awal 1970an, Jabu ketika itu bertanggun­gjawab terhadap Skim Penempatan Semula Kawasan Keselamata­n (RAS-

Terdapat konflik kecil dalam parti tetapi dapat diselesaik­an. Justeru, rakyat

” perlu berdiri teguh di belakang BN. Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang Timbalan Ketua Menteri

COM) berkata, komunis menawarkan bantuan dan tenaga mereka kepada penduduk rumah panjang untuk menuai padi.

Katanya sebagai upahnya penduduk rumah panjang memberi komunis terbabit beras kerana membantu mereka.

“Tetapi beras itu kemudian akan diberikan kepada penduduk rumah panjang yang lain.

“Kemudian komunis menyifatka­n kebaikan mereka memberi beras kepada rakyat dan menjaga mereka.

“Ini membuatkan penduduk rumah panjang ter- perdaya dengan kata- kata itu,” ujarnya.

Jabu berkata penduduk rumah panjang harus mengimbau apa yang mereka hadapi pada masa itu dan mereka tidak boleh menjadi mangsa kepada muslihat pembangkan­g.

Hadir sama Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Ngemah Alexander Vincent, Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu Peggy Ronin Edin, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail, Penasihat Projek STAB Dr Charlie Dudang dan Pengerusi STAB Ajan Kelo.

Sejurus tiba, Jabu serta barisan kenamaan lain melepaskan 6,000 anak ikan empurau ke Sungai Bugau.

Pada majlis itu, Jabu turut mengumumka­n peruntukan RM30,000 dalam bentuk geran kerajaan daripadany­a bersama Dr Rundi manakala RM20,000 daripada Aaron dan RM10,000 daripada Alexander untuk projek STAB itu.

 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Jabu (tiga kanan) menyerahka­n sijil kepada Ajan pada Majlis Penyampaia­n Sijil STAB di Ulu Sungai Ngemah di Kanowit, kelmarin.
UNTUK RAKYAT: Jabu (tiga kanan) menyerahka­n sijil kepada Ajan pada Majlis Penyampaia­n Sijil STAB di Ulu Sungai Ngemah di Kanowit, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia