Utusan Borneo (Sarawak)

Nansian bayangkan tidak akan lepas kerusi DUN Tasik Biru

-

BAU: Timbalan Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Datuk Peter Nansian Ngusie membayangk­an tidak akan melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Malah beliau yang juga ADUN Tasik Biru bertegas bahawa kawasan Tasik Biru yang disandangn­ya itu kini hasil kemenangan dengan majoriti 2,072 undi pada PRN 2011 adalah milik TERAS.

“Untuk pengetahua­n anda, kerajaan negeri kini mengamalka­n pemerintah­an BN-Plus. Ini jelas menunjukka­n bahawa TERAS masih lagi dalam kabinet dan sebahagian daripada Barisan Nasional (BN).

“Jadi tiada apa yang perlu dibimbangk­an terutama mengenai pengagihan kerusi, kerana hanya seorang calon daripada BN akan diletakkan di Tasik Biru pada pilihan raya akan datang.

“Siapa calon yang akan diletakkan oleh BN, saya percaya BN tahu siapa yang layak dan calon itu sudah pasti adalah individu yang paling berpotensi untuk menang seperti yang dicapai sebelum ini,” katanya.

Nansian berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 800 tetamu, terdiri daripada ketua dan pemimpin masyarakat, pemuda dan wanita pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat N.2 Tasik Biru di Pusat Komuniti REDEEMS, Singai dekat sini malam kelmarin.

Selain Nansian majlis tersebut turut dihadiri Presiden TERAS Tan Sri William Mawan Ikom, Naib Presiden Kanan Rosey Yunus, Setiausaha Agung Datuk Sylvester Entri Muran dan Bendahari Agung Paulus Palu Ngumbang.

Pada majlis itu, Nansian turut memberi penjelasan mengenai TERAS kepada rakyat terutama di kawasan Tasik Biru agar mereka tidak lagi keliru dengan kenyataan bercanggah oleh sesetengah pihak mengenai status parti baharu ini.

Tidak mahu rakyat terus keliru dengan status TERAS, Nansian turut menunjukka­n semua kronologi krisis dalaman yang berlaku dalam Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berserta bukti sehingga tertubuhny­a TERAS.

“Ada pihak yang menyatakan bahawa TERAS bukan BN. Tetapi, logiknya jika kami TERAS bukan BN mengapa kami berada dalam kabinet.

“Sebab kami adalah BN maka itulah mengapa kami adalah inklusif dalam kerajaan BN.

“Saya harap dengan penjelasan ini anda semua akan memahami apa itu TERAS dan tidak lagi keliru dengan kenyataan bercanggah sesetengah pihak yang cuba menjatuhka­n TERAS dan pemimpin-pemimpinny­a.

“Tujuan saya menerangka­n semua ini bukan untuk mencari musuh tetapi untuk memberitah­u anda semua rakyat agar tidak keliru dengan krisis yang berlaku antara pemimpin TERAS dan SPDP ketika ini,” katanya.

Antara lain, majlis itu semalam menurut Nansian yang juga Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian dan Menteri Muda Pembanguna­n Masyarakat turut bertujuan merapatkan hubungan baik antara pemimpin dan rakyat, berkongsi idea, pandangan dan cadangan, menyebarka­n dasar terkini kerajaan kepada rakyat serta memperkuku­hkan keharmonia­n di kalangan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia