Utusan Borneo (Sarawak)

Mawan minta pemimpin SPDP berhenti bergaduh

-

BAU: Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Tan Sri William Mawan Ikom meminta pemimpin daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) berhenti bergaduh demi kepentinga­n Barisan Nasional (BN).

Ini kerana menurut Mawan apa yang lebih penting ketika ini ialah memberi tumpuan kepada persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan semangat BN.

“Masalah tidak akan pernah selesai tetapi jika anda benar- benar ikhlas untuk berdamai, anda mampu memadamkam api kemarahan dengan pantas.

“Untuk menyelesai­kan masalah dalam parti, soal peribadi harus diketepika­n kerana apa yang lebih penting buat masa ini ialah persiapan menghadapi pilihan raya dan bukannya soal peribadi,” katanya.

Mawan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat N. 2 Tasik Biru di Pusat Komuniti REDEEMS, Singai dekat sini malam kelmarin.

Tambah Mawan lagi, Timbalan Presiden TERAS Datuk Peter Nansian Ngusie telah menjelaska­n apa yang berlaku dalam SPDP sehingga tertubuhny­a TERAS.

“Ketika saya masih lagi presiden SPDP, saya hairan bagaimana pemimpin dan ahli-ahli dalam SPDP boleh bergaduh dengan presiden.

“Minta kuasa saya bagi, apa lagi yang mereka mahukan daripada saya. Saya telah menyerahka­n seluruh parti itu kepada mereka.

“Sekarang ini saya adalah ketua dalam TERAS dan saya tahu akan hala tuju parti ini, jadi anda semua tidak perlu risau kerana anda tidak akan sesat bersama TERAS.

“TERAS bukan ancaman kepada mana- mana pihak tetapi adalah penyelesai­an kepada masalah yang timbul dan akan mengukuhka­n lagi BN dan rakyat secara keseluruha­nnya,” ujar Mawan yang juga Menteri Kanan dan Menteri Pembanguna­n Sosial.

Tambah Mawan lagi, jika mereka SPDP mahu bercakap mengenai siapa lebih berkuasa sila renung kembali keadaan mereka ketika ini.

SPDP katanya, hanya menyandang tiga kerusi Parlimen dan tiada satu kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) tetapi TERAS ada lima DUN dan satu Parlimen menjadikan enam kesemuanya.

“Jadi berhenti bercakap mengenai siapa yang lebih berkuasa kerana orang berkuasa tidak akan membangkit­kan hal ini,” ujar Mawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia