Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi DUN baharu S’wak mungkin tidak dapat diwujudkan tanpa persetujua­n PR

-

KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Sarawak mungkin tidak akan dapat diwujudkan tanpa mendapat persetujua­n daripada Ahli Parlimen (MP) daripada Pakatan Rakyat (PR), kata Pengerusi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Chong Chieng Jen.

Beliau menegaskan perkara itu bagi merujuk kepada kenyataan berkaitan isu tersebut yang dibangkitk­an baru- baru ini oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Sarawak yang merancang untuk mewujudkan sembilan kerusi DUN baharu di negeri ini.

“Secara kebetulan, terdapat sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah keluar daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dengan menyertai parti baharu Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak ( TERAS).

“Kesemua mereka yang menjadi BN-Plus ini tidak mempunyai kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri akan datang ekoran tentangan keras daripada SUPP dan SPDP.

“Pengwujuda­n sembilan kerusi baharu itu dilihat untuk sembilan ADUN ini dan ini sesuatu yang tidak betul dilakukan,” katanya menerusi kenyataan akhbar Jumaat lalu.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa berkata harapan untuk mempunyai kerusi baharu itu mungkin akan mengecewak­an sembilan ADUN berkenaan.

Beliau memberitah­u bahawa SPR perlu mendapatka­n sokongan tidak kurang daripada dua per- tiga daripada MP dalam Dewan Rakyat untuk menambah jumlah kerusi dalam DUN mahupun Parlimen.

Setakat ini terdapat 222 MP dalam Dewan Rakyat yang mana 86 daripadany­a adalah MP Pakatan dan 135 lagi MP Barisan Nasional dan satu kekal sebagai MP Bebas.

“Sekiranya mahu mewujudkan kerusi baharu, BN memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 MP dalam Dewan Rakyat namun dengan hanya 135 MP dan seorang MP Bebas, masih kurang 12 MP yang diperlukan,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia