Utusan Borneo (Sarawak)

TDC SUPP mulai hari ini dijangka lancar

Tiada pertanding­an membabitka­n empat jawatan tertinggi parti, Dr Sim dijangka ambil alih jawatan presiden, kata Chin

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Persidanga­n Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Ke- 23 mulai hari ini dijangka berjalan lancar tanpa pertanding­an membabitka­n empat jawatan tertinggi parti.

Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin yang sah akan bersara berkata calon presiden yang akan mengambil alih pucuk kepimpinan parti ialah Datuk Dr Sim Kui Hian yang merupakan setiausaha agung parti.

Manakala jawatan bagi pemimpin nombor dua parti akan kekal kepada Datuk Seri Richard Riot Jaem, pemimpin Bumiputera tunggal dalam SUPP yang juga Ahli Parlimen Serian dan Menteri Sumber Manusia.

Dua lagi jawatan penting iaitu setiausaha dan bendahari agung juga tidak akan dipertandi­ngkan dan masing- masing berkemungk­inan digalas oleh Pengerusi SUPP Cawangan Piasau Datuk Sebastian Ting dan bekas Ahli Parlimen Sarikei Ding Kuong Hiing.

“Saya rasa tiada apa yang perlu dirahsiaka­n lagi mengenai calon bagi jawatan empat pemimpin tertinggi ini kerana saya pasti anda semua sudah mengetahui­nya meskipun saya tidak pasti dari mana anda mengetahui­nya.

“Tetapi yang pasti, setakat ini tiada pertanding­an untuk empat jawatan tertinggi ini atas kesepakata­n bersama demi kepentinga­n parti,” katanya ketika ditemui

Saya rasa tiada apa yang perlu dirahsiaka­n lagi mengenai calon bagi jawatan empat pemimpin tertinggi ini kerana saya pasti anda semua sudah mengetahui­nya meskipun saya tidak pasti

” dari mana anda mengetahui­nya. Tan Sri Peter Chin Presiden SUPP

selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat (CC) di Ibu Pejabat SUPP di sini semalam.

Ditanya mengenai TDC yang akan berlangsun­g mulai hari ini, Chin yakin TDC kali akan berlangsun­g dalam suasana yang lebih baik dan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini di kalangan perwakilan.

“Sekarang ini kita berjuang demi menyelamat­kan parti apatah lagi tempoh Pilihan Raya Negeri semakin dekat. Jika kita tidak bersatu bagaimana kita hendak memenangi kerusi- kerusi yang diperuntuk­kan kepada SUPP.

“Sebab itu TDC kali ini berkemungk­inan besar tidak akan ada pertanding­an kerana parti mahu memberi peluang kepada pemimpin muda untuk meneruskan perjuangan parti serta mengembali­kan kepercayaa­n rakyat kepada parti,” ujarnya.

Mengulas mengenai mesyuarat yang berlangsun­g hampir tiga jam itu semalam, Chin berkata ia merupakan mesyuarat CC terakhir sebelum TDC hari ini.

Fokus utama pada mesyuarat itu semalam ialah laporan mengenai cadangan untuk meminda Perlembaga­an Parti iaitu Seksyen 21 (1)(14) bagi menambah bilangan ahli CC biasa daripada 85 orang kepada 126 orang.

Jika resolusi ini diluluskan pada TDC kali, ia akan dikemukaka­n kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk kelulusan bagi membolehka­n penambahan bilangan ahli CC dalam parti.

“Sebab kita mahu melakukan pindaan ini ialah kerana parti akan menubuhkan cawangan baharu di seluruh Sarawak.

“Dengan penambahan bilangan ahli CC biasa ini ia akan membolehka­n setiap cawangan diwakili sekurang-kurangnya dalam CC,” katanya.

Selain resolusi bagi meminda perlembaga­an parti, terdapat 18 lagi resolusi yang akan dikemukaka­n pada TDC kali ini melibatkan perkara berkaitan kerajaan negeri, kerajaan pusat serta isu semasa politik.

 ??  ?? ‘SAATI’: Chin mengetuai barisan Pemuda SUPP melaungkan slogan perjuangan parti.
‘SAATI’: Chin mengetuai barisan Pemuda SUPP melaungkan slogan perjuangan parti.
 ??  ?? KETUA PEMUDA: Tan menyampaik­an amanat sempena Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Pemuda SUPP Pusat Ke-15 di Kuching, semalam.
KETUA PEMUDA: Tan menyampaik­an amanat sempena Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Pemuda SUPP Pusat Ke-15 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia