Utusan Borneo (Sarawak)

Tan Kai terus terajui Pemuda SUPP Pusat

-

KUCHING: Tan Kai kekal sebagai Ketua Pemuda SUPP Pusat menerusi pemilihan tanpa bertanding sempena Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Pemuda SUPP Pusat Ke-15 di sini, semalam.

Dipilih bagi penggal kedua, Tan Kai telah meletakkan matlamat baharu untuk mengukuhka­n perpaduan di kalangan ahli parti.

“Sejak tiga tahun lepas, SUPP telah menghadapi begitu banyak masalah.

“Bagaimanap­un, kita sekarang telah berjaya mengatasi semua ini.

“Justeru, sekarang adalah masanya untuk kita mengukuhka­n semula sayap Pemuda dan parti,” katanya.

Selain itu, Tan turut merancang untuk menganjurk­an programpro­gram persahabat­an dalam parti sebagai platform untuk ahli-ahlinya saling mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik.

“Memandangk­an Pilihan Raya Negeri semakin hampir, adalah penting untuk semua ahli berusaha bagi membantu parti memenangi pilihan raya,” katanya.

Memegang kapasiti sebagai ketua Pemuda, Tan turut memilih lebih daripada 70 peratus muka baharu dalam barisan jawatankua­sa Pemuda Pusat.

“Walaupun saya tidak dapat memuaskan hati semua cawangan kerana kekosongan jawatan yang terhad, saya tetap berharap agar sayap Pemuda kekal bersatu untuk parti,” katanya.

Antara muka baharu dalam jawatankua­sa Pemuda Pusat adalah Timbalan Pengerusi Ong Chee Yee dan Tang Kieh Ming manakala Teng Ung Woo menggantik­an Wilfred Yap sebagai setiausaha agung yang baharu.

Gregory Tan dipilih sebagai timbalan setiausaha agung sementara Voon Kai Chee dan Chia Ngee Huat sebagai penolong setiausaha agung.

Selain itu, Mock Chuang Ping akan menjalanka­n tugas sebagai bendahari dengan dibantu oleh Chen Chium Ling dan Empaka Baily manakala Chan Kok Wei dan Milton Foo masingmasi­ng memegang jawatan sebagai setiausaha penganjur dan setiausaha publisiti & maklumat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia