Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda SUPP harus turun padang, dapatkan maklum balas masyarakat

-

KUCHING: Ahli Pemuda SUPP Pusat perlu mengkaji secara serius usaha untuk mengukuhka­n parti dan menjadikan­nya lebih relevan.

Justeru, Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin berkata adalah penting untuk ahli Pemuda parti itu turun padang dan mendapatka­n maklum balas daripada masyarakat.

“Selain mengetahui ke- napa kita tidak dapat menang, ia juga penting bagi kita mengetahui bagaimana untuk meraih undi di kerusi Kuching, Bintangor, Sibu, Miri dan Bintulu,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tritahunan Pemuda SUPP Pusat Ke- 14 di sebuah hotel terkemuka, di sini semalam.

Tegas Chin, walaupun SUPP tidak sekuat sep- erti dulu, ia adalah penting untuk Pemuda parti terus bekerja keras dan kekal bersatu padu.

“Semua harus bekerja keras dan mengorbank­an sedikit masa untuk parti,” katanya.

Dalam pada itu, Chin turut menekankan agar ketua dalam Pemuda Pusat parti haruslah seseorang yang komited sepenuhnya untuk memimpin organ- isasi belia.

“Apabila orang bertindak balas terhadap kualiti kepimpinan anda, secara semula jadi rakan-rakan dalam sayap Pemuda akan mengakui dan menerima kemampuan anda sebagai seorang ketua,” katanya.

Sementara itu, Chin turut menasihati ahli- ahli Pemuda agar terus bersabar dengan keadaan parti itu.

“Sebagai sebuah parti yang paling lama berkhidmat, SUPP mempunyai tradisi yang panjang di mana sebahagian daripada anda mungkin tidak bersetuju dengan ini ‘pemikiran cara lama’.

“Tetapi apa yang penting ialah wawasan kita tetap sama dan kita mesti bersama-sama bekerja untuk memimpin parti dan menjaga masyarakat di Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia