Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Brunei saksi acara kemuncak Regata Sarawak 2014

- Oleh Hamimi Kassim

KUCHING: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien berkenan mencemar duli berangkat ke Tebingan Kuching bagi menghadiri acara kemuncak Regata Sarawak 2014, semalam.

Baginda yang tiba sekitar jam 10.30 pagi ditemani Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Ketika kunjungan tersebut baginda berkesempa­tan menyaksika­n saringan bagi acara separuh akhir Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak serta Pertanding­an Menangkap Itik.

Selepas itu, baginda dite- mani Taib dan Adenan menaiki kapal Sayang Sarawak bagi menyaksika­n keindahan Sungai Sarawak dan sekitar kawasan regata dan Tebingan Kuching dari atas air.

Kira-kira jam 1 petang, baginda berangkat meninggalk­an majlis.

Dalam pada itu, Regata Sarawak 2014 yang melabuhkan tirainya semalam dilihat telah menarik ribuan pengunjung dari seluruh bahagian dan negeri ini dalam tempoh empat hari berlangsun­gnya pesta itu.

Sama seperti tahun sebelumnya, pada tahun ini jumlah pengunjung yang hadir juga dapat dilihat daripada penyertaan dalam pelbagai acara yang disediakan.

Malah pada tahun ini, sebuah lagi acara yang menjadi tumpuan ialah Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak yang menjadi acara tahunan serentak dengan Regata Sarawak.

Regata Sarawak 2014 dan Regata Perahu Naga 2014 telah bermula pada 4 hingga 7 September, merupakan anjuran Kementeria­n Pelanconga­n dan Pejabat Residen Kuching.

Buat julung kalinya juga, lumba perahu naga antarabang­sa disertai 11 negara iaitu Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, Macau, Brunei Darussalam, Singapura, Filipina, Thailand, Taiwan dan Indonesia.

Turut diadakan acara Renang Brooke, Pertanding­an Menangkap Itik, Kayak serta beberapa acara berkayuh termasuk Bidar 20, 15 dan 30 Pekayuh Lelaki, Kenyalang Campuran, Balok 7 Pekayuh, Kenyalang Antarabang­sa dan Kayak Bergu Campuran.

 ??  ?? SANTAI: Sultan Hassanal Bolkiah bersama Taib dan Adenan menyaksika­n kemeriahan Regata Sarawak 2014 dan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 di Tebingan Kuching, semalam.
SANTAI: Sultan Hassanal Bolkiah bersama Taib dan Adenan menyaksika­n kemeriahan Regata Sarawak 2014 dan Regata Perahu Naga Antarabang­sa Sarawak 2014 di Tebingan Kuching, semalam.
 ??  ?? BERI SEMANGAT: Sultan Hassanal Bolkiah melambai ke arah peserta sebagai tanda semangat.
BERI SEMANGAT: Sultan Hassanal Bolkiah melambai ke arah peserta sebagai tanda semangat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia