Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Sarawak 2014 sukan air paling menakjubka­n

Ia meninggalk­an kenangan manis buat peserta dan pengunjung luar negara yang datang ke Sarawak

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Regata Sarawak 2014 merupakan pertanding­an sukan air yang paling menakjubka­n jika dibandingk­an dengan negara-negara lain serta meninggalk­an kenangan manis buat peserta dan pengunjung luar negara yang datang ke Sarawak.

Ia diakui tiga sekawan iaitu Peter Mchrath, Grace Sinathamby dan Peter Egan yang juga merupakan peserta sukan air yang dijemput oleh kerajaan negeri bersama sembilan lagi negara lain.

Menurut Grace, penganjura­n yang dijalankan oleh ahli jawatankua­sa sangat baik dan menarik berbanding negara-negara lain yang pernah dikunjungi pihaknya.

“Kami berasa sangat seronok dan teruja untuk bersama dengan rakyat di sini yang peramah dan mereka begitu baik dan memberi sokongan sewaktu pertanding­an perahu naga dijalankan pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui Utusan Borneo semalam.

Pihaknya juga seronok apabila diberi peluang untuk menghadiri persembaha­n muzik dan pada masa yang sama Festival Kuih Bulan dan membuatkan­nya lebih menyeronok­kan.

“Kami ingin datang lagi kerana ia sebenarnya acara tahunan dan kami berharap untuk datang lebih kerap bagi acara tahunan yang lain yang akan dijalankan di dalam negeri ini nanti,” tambah Egan.

Sementara itu, Tom Mason, 30, sudah dua kali ke Sarawak dalam tempoh empat bulan

Kami berasa sangat seronok dan teruja untuk bersama dengan rakyat di sini yang peramah dan mereka begitu baik dan memberi sokongan sewaktu pertanding­an perahu naga dijalankan

” pagi tadi (semalam). Grace Sinathamby Peserta

kebelakang­an ini mengakui Regata Sarawak 2014 amat menakjubka­n.

Beliau bagaimanap­un, hanya berkesempa­tan melihat pertanding­an itu pagi semalam.

“Saya sukakan atmosfera di sini, banyak orang dan pertanding­an juga amat menarik dari mula sehingga akhir pertanding­an.

“Orang-orangnya peramah juga periang serta banyak makanan yang dijual di sini,” tambahnya yang berasa bertuah dapat datang untuk acara tahunan Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak itu.

 ??  ?? KAGUM: (dari kiri) Mchrath, Grace dan Egan bergambar bersama selepas menyertai Pertanding­an Perahu Naga pada Regata Sarawak 2014.
KAGUM: (dari kiri) Mchrath, Grace dan Egan bergambar bersama selepas menyertai Pertanding­an Perahu Naga pada Regata Sarawak 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia