Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Sarawak lubuk rezeki peniaga

-

KUCHING: Kemunculan Regata Sarawak setiap tahun bukan hanya ditunggu oleh peserta yang mengikuti pelbagai acara yang dipertandi­ngkan, malah peniaga yang ingin mencari rezeki tambahan.

Kehadiran ribuan pengunjung ke regata yang diperkenal­kan sejak 1872 itu jelas dimanfaatk­an sepenuhnya oleh peniaga seperti kraf tangan, makanan, pakaian dan banyak lagi.

Ini kerana terdapat program yang disediakan khas kepada usahawan seperti Promosi Kraftangan 2014 yang diadakan sejak 29 Ogos hingga 7 September melibatkan lebih 80 usahawan kraf negeri dalam perlbagai bidang seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah dan logam.

Selain itu, bagi pengusaha makanan disediakan Festival Makanan dan Kraf Tangan Malaysia anjuran Unit Pembanguna­n Usahawan Bumiputera dan FAMA.

Seramai 84 usahawan dengan 40 peserta menjual makanan kering manakala 44 lagi menjual makanan basah pada program yang bermula pada 4 hingga 7 September.

Usahawan minyak wangi dan perubatan tradisiona­l, Razemi Sarbini berkata, setiap kali pesta tersebut dianjurkan beliau tidak melepaskan peluang untuk menyertain­ya kerana baginya ia merupakan pintu rezeki buatnya.

“Saya sangat memuji usaha pihak kementeria­n dan semua pihak yang terlibat menganjurk­an regata ini kerana ia banyak membantu masyarakat khasnya peniaga kecil seperti kami untuk menambah pendapatan.

“Bukan itu sahaja, saya berpendapa­t penganjura­n regata kali ini adalah yang terbaik,” jelasnya.

Beliau yang juga pengerusi Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB) berharap regata ini dapat diteruskan sampai bilabila dan membawa lebih ramai usahawan untuk bersama menganjurk­annya.

Sementara itu, pemilik Alisha Boutique berkata, pesta itu memberi peluang kepadanya dan peniaga lain menambah pendapatan berbanding hari biasa.

“Setiap kali tibanya pesta ini, saya teruja dan sudah membuat beberapa perancanga­n bagi memastikan jualan disediakan mampu menampung kebanjiran pengunjung.

“Ternyata, jualan saya semasa pesta ini bertambah dan saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menganjur- kan pesta yang sangat meriah ini,” jelasnya yang mempunyai butik di Wisma Satok.

 ??  ?? PINTU REZEKI: Pakaian yang dijual di Alisha Boutique.
PINTU REZEKI: Pakaian yang dijual di Alisha Boutique.
 ??  ?? TAMBAH PENDAPATAN: Razemi bergambar di hadapan gerainya.
TAMBAH PENDAPATAN: Razemi bergambar di hadapan gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia