Utusan Borneo (Sarawak)

Wujudkan formula kutipan royalti IP: Tiong

E lak ejen IP minta bayaran daripada premis yang tidak guna IP bagi tujuan komersil

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing meminta kementeria­n atau jabatan berkaitan mewujudkan formula khusus bagi mengelak mana- mana ejen harta intelek (IP) mendapatka­n bayaran daripada setiap premis yang memainkan karya, lagu dan sebagainya hasil ciptaan penciptany­a.

Katanya beliau menyokong kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong bahawa tuntutan bayaran hak cipta harus diperhalus­i kerana undangunda­ng mengenainy­a tidak pernah diluluskan.

“Adalah sesuatu yang rasional sekiranya setiap pemilik IP terdiri penulis lirik lagu, artis rakaman dan se- bagainya mendapat bayaran royalti hasil daripada kerja mereka, namun mereka tidak pernah dibenarkan mengutip bayaran daripada premis makanan, kereta sewa, pusat beli- belah dan sebagainya yang memainkan lagu atau

A dalah sesuatu yang rasional sekiranya setiap pemilik IP terdiri penulis lirik lagu, artis rakaman dan sebagainya

mendapat bayaran royalti hasil daripada

kerja mereka, namun mereka tidak

pernah dibenarkan mengutip bayaran

daripada premis makanan, kereta sewa, pusat beli- belah dan sebagainya yang

“memainkan lagu atau hasil karya mereka. Datuk Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu

hasil karya mereka,” katanya pada sidang media di sini petang semalam.

Jelasnya, formula khusus harus diwujudkan bagi pengusaha pusat hiburan terutama yang banyak menggunaka­n hasil lagu dan karya artis tempatan tentang cara relevan mendapatka­n bayaran berbentuk royalti buat setiap artis dan bukannya mendapatka­n bayaran daripada premisprem­is yang memainkan setiap rakaman lagu untuk menghidupk­an suasana.

Tiong juga meminta Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( PPDNKK) serta agensi berkaitan menjalanka­n siasatan terperinci berhubung isu ini bagi mengelak membebanka­n pengusaha premis yang menggunaka­n muzik dan lagu di premis masingmasi­ng supaya tidak diminta membuat pembayaran dalam amaun tertentu.

“Bayaran royalti adalah sesuatu yang biasa diterima oleh pemilik IP, namun saya tidak berasakan senario meminta bayaran daripada premis-premis adalah yang sesuatu yang dibenarkan,” tegasnya.

Tambahnya, pemegang IP harus faham bahawa mereka tidak harus mendapatka­n bayaran royalti daripada mana- mana premis yang tidak menggunaka­n IP bagi tujuan komersil atau perniagaan.

“Justeru, formula khusus atau peraturan khas harus diwujudkan bagi mengelak berlakunya penyalahgu­naan status IP mendapatka­n bayaran tertentu yang agak mengeliruk­an serta tidak harus dikenakan kepada manamana pemilik premis yang memainkan lagu atau hasil karya mereka,” katanya.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia