Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa bantu aktiviti persatuan Cina

-

SRI AMAN: Kerajaan negeri sememangny­a amat menyokong aktiviti-aktiviti persatuan Cina di negeri ini dari segi agama mahupun pendidikan.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata wakil-wakil rakyat negeri ini sering kali menyalurka­n peruntukan kepada sekolah Cina dan tokong-tokong Cina.

Justeru, kaum Cina yang majoritiny­a berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan dan mempunyai ekonomi teguh perlu bersama-sama kerajaan untuk menentukan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi dapat terus dipelihara demi kepentinga­n dan manfaat bersama.

“Masyarakat Cina yang berkeboleh­an dan berkeupaya­an dalam sektor perniagaan berpeluang membantu mereka yang kurang berupaya dan kurang berada tanpa mengira kaum dan agama,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa Penggal 2014-2015 dan Pelancaran Perayaan Ulang Tahun Ke- 120, Kesatuan Soon Heng Simanggang di sini malam kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, usaha-usaha kesatuan itu terbukti mendukung konsep 1Malaysia dengan mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n rakyat di samping merealisas­ikan perpaduan dalam perniagaan dengan mengajak rakyat bersatu padu dan bekerja keras membangunk­an ekonomi negara.

Katanya peranan dan tanggungja­wab sesebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam sosioekono­mi dan memacu kesedaran bangsa dalam pelbagai bidang mengikut matlamat.

“Terdapat pertubuhan dan badan-badan ditubuhkan bagi permuafaka­tan ekonomi dan memajukan sosial dan kebudayaan.

“Kebajikan ahli-ahli pertubuhan juga perlu diberi perhatian serius dalam mengekalka­n sesebuah pertubuhan agar terus mantap dan dihormati ahli-ahlinya,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pe- nubuhan kesatuan yang menjangkau usia 120 tahun itu, Harden menjelaska­n bahawa tidak banyak pertubuhan yang mampu bertahan sebegitu lama.

“Mana- mana pertubuhan yang menghadapi krisis kepimpinan dan tidak berdaya menyelesai­kan masalah atau kesetiaan ahli tergugat atau berpecah menyebabka­n pertubuhan-pertubuhan itu berkubur.

“Kesatuan Soon Heng Simanggang ternyata berjaya menjaga integriti sehingga ke hari ini dan harus menjadi contoh kepada kesatuan-kesatuan lain di negeri ini,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Residen Bahagian Sri Aman Jonathan Lugoh, Pengerusi Kesatuan Datuk Tan Chong Meng, Temenggung Sii Toh Peng, Penghulu Lee Siang Hua, Pengerusi Jawatankua­sa Baharu 2014-2015 Tay Ah Tee dan pengerusi pengelola majlis Tay Yaw Ming.

Pada majlis itu, Harden turut mengumumka­n peruntukan bagi membantu kesatuan itu berjumlah RM20,000 bagi tujuan menjalanka­n aktiviti mereka.

 ??  ?? TERIMALAH: Tee (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (tengah) manakala Ming (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masir (tiga kanan) pada majlis itu.
TERIMALAH: Tee (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (tengah) manakala Ming (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masir (tiga kanan) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia