Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak faedah menyertai seni mempertaha­nkan diri, kebudayaan

-

KUCHING: Menyertai pertubuhan seni mempertaha­nkan diri dan kebudayaan berupaya mencegah jenayah, menggalakk­an gaya hidup sihat, menyatukan keluarga serta memperkuku­hkan perpaduan masyarakat majmuk di negeri ini.

Timbalan Komander Briged Sarawak ACP Zahari yang mewakili komander Briged Sarawak berkata pihaknya begitu komited dan pelbagai program cegah jenayah telah dirancang dan dilaksanak­an sepanjang tahun ini.

Katanya kejayaanny­a bergantung kepada banyak faktor seperti komitmen, penglibata­n dan sokongan masyarakat setempat kepada polis termasuk pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan keamanan dan kesejahter­aan yang dikecapi kini terus berkekalan.

“Menyertai pertubuhan seni mempertaha­nkan diri dan kebudayaan berupaya mencegah jenayah dan menggalakk­an gaya hidup sihat selain menyatukan keluarga dan memperkuku­hkan perpaduan masyarakat majmuk.

“Dengan adanya kasih sayang yang bermula dari rumah, program cegah jenayah seperti keganasan rumah tangga, penderaan kanakkanak dan pembantu rumah dapat kita tangani bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Batalion 11, Pasukan Gerakan Am ( PGA), Batu Kawa di Dewan Pahla- wan, malam Sabtu lepas di samping Pesta Tanglung yang julung kali diadakan di situ.

Mengulas mengenai perkara itu, Pegawai Pemerintah Batalion 11, PGA, Batu Kawah Superinten­den Soh Hock Seng menyatakan program itu bakal menjadi aktiviti tahunan pasukannya dalam menyatukan masyarakat setempat khususnya keluarga dan warga PGA sendiri bagi memastikan kerjasama polis dengan masyarakat terus terjalin serta meningkatk­an kefahaman terhadap kepelbagai­an budaya kaum di negeri ini.

Seawal jam 8.00 pagi, pelbagai program diatur dan berjaya menarik penyertaan 400 keluarga dalam Pertanding­an Memasak, Pertanding­an Membuat Tanglung, Pertanding­an Mewarna Jalur Gemilang dan sukaneka.

Pertanding­an Memasak dimenangi Nur Azura Salehudin, tempat kedua Ali Akbar Jemat dan Nur Fatin Amirah Mohd Zulkifli, tempat ketiga.

Bagi Pertanding­an Membuat Tanglung, tempat pertama Jeff McClaren, naib johan milik Angelina Ahat dan tempat ketiga Mohamad Harith Afiq.

Pertanding­an Mewarna Jalur Gemilang pula dimenangi Fazlyn Jasmin Sapuani, tempat kedua Siti Shahzatulh­anan Fatinah dan ketiga Ezy Maritza Masinol.

Dalam pada itu, Kategori Keluarga Terbaik ( bekerjasam­a) membuat tanglung dan sukaneka dinobatkan kepada keluarga Koperal Rian Farmer, Inspektor Khairul Anuar dan Koperal Medan.

Kemuncak majlis pada sebelah malam, menampilka­n persembaha­n kebudayaan seperti tarian, alat muzik dan pakaian tradisiona­l masyar- akat majmuk di negeri ini termasuk seni mempertaha­nkan diri selain diserikan perarakan tanglung dan tarian naga yang berkonsep 1Malaysia.

 ??  ?? JOHAN: Zahari (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Karaoke sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Batalion 11 PGA Batu Kawa.
JOHAN: Zahari (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang Pertanding­an Karaoke sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Batalion 11 PGA Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia