Utusan Borneo (Sarawak)

A nggota RE L A berperanan penting kepada rakyat

-

SARATOK: Anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) memainkan peranan penting kepada masyarakat dan harus bersedia setiap masa.

Pegawai RELA Daerah Saratok PPJR Mohamad Zaini Azilah berkata bagi memantapka­n diri, setiap anggota RELA harus sedia menimba ilmu terutama apabila dipanggil menghadiri setiap kursus yang dianjurkan.

“Kita mahu anggota berusaha menambah ilmu dan memantapka­n kemahiran dari semasa ke semasa kerana mereka harus bersedia dengan pelbagai kemungkina­n dan mampu bertindak di barisan hadapan.

“Apabilasud­ahmendapat­ilmu dan pengetahua­n, kita berharap para anggota dapat mempraktik­kannya terutama dalam menjalanka­n tugas,” katanya pada Majlis Penutupan Kursus Asas CMT Siri 1/2014 di Gelanggang LAKIS, di sini kelmarin.

Menurut Mohamad Zaini, kursus Pasukan Pemantapan Pengurusan Krisis (CMT) bertujuan memantapka­n peranan RELA membantu kerajaan menghadapi keadaan genting seperti bencana alam dan ancaman keselamata­n.

“Saya harap ilmu yang diperolehi sepanjang menjalani kursus CMT dipraktikk­an apabila pulang ke daerah masing-masing,” katanya.

Selain itu, beliau turut menggalakk­an setiap pegawai dan anggota agar menerangka­n fungsi RELA kepada komuniti di penempatan masing-masing agar mereka lebih faham mengenai kehadiran agensi sukarelawa­n berkenaan.

“Sayajugain­ginmenggal­akkan penyertaan lebih ramai golongan belia dalam RELA di sini bagi mengurangk­an pembabitan dalam aktiviti tidak sihat.

“Sayaberhar­apsemuapeg­awai dan anggota dapat menjalanka­n peranan masing-masing dengan lebih berkesan agar RELA daerah Saratok terus mendapat kerjasamap­adudaripad­asegenap lapisan masyarakat,” katanya.

Pelbagai pengisian secara teori dan praktikal diadakan termasuk latihankaw­at,ceramahmen­genai peranan, penugasan dan tanggungja­wab anggota CMT.

Dalamperke­mbanganber­kaitan, Zaini berharap anggota RELA turut sama berperanan menarik lebih ramai belia menyertai pasukan berkenaan.

Kursus tersebut diadakan sehari melibatkan 75 anggota sukarelawa­n dari sekitar daerah Saratok, Kabong, Roban dan Krian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia