Utusan Borneo (Sarawak)

MDLBS pergiat anjur ceramah wabak denggi

-

SIBU: Dalamusaha­mengekang penularan wabak denggi, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) tampil dengan mempergiat penganjura­n ceramah kesihatan khususnya di rumah panjang selain melakukan semburan asap.

Kaunselor Dr Ali Puji berkata, pada 20 September ini MDLBS akan mengadakan ceramah kesihatan di Rumah Belayung, Selangau.

Katanya program tersebut dijadualka­n bemula jam 6 petang dan penduduk di kawasan berhampira­n dijemput hadir beramai-ramai.

“Kami baharu sahaja menemui penduduk rumah panjang berkenaan untuk mendapatka­n persetujua­n bagi penganjura­n program berkenaan.

“Pada pertemuan tersebut, kami juga memutuskan menjemput Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Datuk Joseph Mauh Ikeh merasmikan program itu,” katanya.

Menurut Dr Ali, masyarakat perlu mempunyai kesedaran berhubung wabak denggi agar langkah proaktif dapat diambil bagi memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Banyak tempat kita tahu ada pembiakan aedes, misalnya air bersih bertakung berada di dalam dan luar rumah serta bekas-bekas yang kita tidak sangka ada pembiakan nyamuk aedes seperti tandas, pasu bunga, parit dan longkang,” katanya.

Tambah beliau, tanggapan bahawa memerangi wabak denggi adalah tanggungja­wab pihak berkuasa tempatan perlu dikikis.

Dr Ali menjelaska­n, masyarakat harus berperanan dengan menghasilk­an usaha sendiri tanpa mengharapk­an bantuan orang lain.

“Sekarang adalah masanya untuk kita bersama-sama memerangi pembiakan nyamuk aedes dan ini memerlukan kita semua bersatu padu menangani masalah ini,” jelas beliau.

Difahamkan, beberapa agensi kerajaan lain dijangka turut mengambil bahagian pada program berkenaan.

“Namun penyertaan mereka hanya diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia