Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan SPRM tangani penyeludup­an dipuji

Masyarakat ucap tahniah atas penangkapa­n 22 individu termasuk 12 pegawai JKDM baru-baru ini

- Oleh Hamimi Kassim

KUCHING: Kejayaan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani aktiviti penyeludup­an dengan tertangkap­nya 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru- baru ini mendapat pujian daripada masyarakat negeri ini.

Rata-rata masyarakat yang ditemui Utusan Borneo dalam satu tinjauan di bandar raya ini kelmarin mengucapka­n tahniah dan berharap kejayaan seperti itu dapat diteruskan.

Bagi Baha Suhaili, kejayaan tersebut membuktika­n SPRM serius dalam membendung gejala rasuah di negara ini.

Justeru, beliau berharap individu yang tidak bertanggun­gjawab itu dapat meneri-

Syabas dan tahniah kepada SPRM serta semua pihak yang terlibat menjayakan siasatan terperinci sehingga

” tumpasnya pihak tersebut.

Baha Suhaili

ma hukuman setimpal.

“Syabas dan tahniah kepada SPRM serta semua pihak yang terlibat menjayakan siasatan terperinci sehingga tumpasnya pihak tersebut.

“Tindakan ini menunjukka­n bahawa segala usaha yang tegas untuk memerangi gejala rasuah dan kami sebagai rakyat sungguh memuji usaha ini,” katanya.

Sementara itu, Dave Chong menyifatka­n kejayaan itu dapat dijadikan pengajaran dan amaran kepada pesalah rasuah yang lain supaya berhenti melakukan aktiviti haram itu.

“Apabila mendengar berita tersebut, saya berasa sungguh bangga dan gembira dengan pencapaian SPRM dalam membantera­s jenayah rasuah di negara ini.

“Apatah lagi, jumlah kerugian yang dialami kerajaan akibat tindakan itu adalah lebih RM2 bilion.

“Bayangkan berapa banyak program pembanguna­n yang dapat dilaksanak­an untuk rakyat dengan jumlah wang tersebut.

“Oleh yang demikian, saya berharap kejayaan ini dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat lain khasnya para penjawat awam yang telah diberikan amanah oleh kerajaan,” tegasnya.

Sementara itu, Ahmad Tarmizi Julaihi berkata, komitmen yang ditunjukka­n oleh SPRM itu wajar disokong oleh semua pihak.

“Untuk menghentik­an jenayah rasuah ini, kita semua mesti memainkan peranan dengan berdiri teguh di belakang SPRM serta melaporkan sebarang kegiatan tidak bertanggun­gjawab itu,” katanya.

Pada Rabu lalu, rakyat di negara ini digemparka­n dengan tumpasnya dalang terbesar dalam aktiviti penyeludup­an rokok dan arak, yang tidak membayar duti kastam oleh SPRM.

Seramai 24 individu termasuk 12 pegawai kastam pelbagai pangkat, seorang daripadany­a pengarah kastam negeri, yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludup­an di Lembah Klang melibatkan kerugian lebih RM2 bilion.

Operasi itu merupakan hasil intipan selama setahun melibatkan Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan CyberSecur­ity.

Sindiket itu dilapor menyalahgu­nakan kemudahan dan insentif Zon Perdaganga­n Bebas Pelabuhan Klang ( PKFZ) dan menyeludup barang seperti rokok dan arak tanpa membayar duti kastam.

 ??  ?? BAHA
BAHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia