Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat dinasihat jangan salah guna media sosial

-

MIRI: Rakyat dinasihati jangan menyalahgu­nakan media sosial untuk menyebar atau menyampaik­an sesuatu maklumat yang tidak benar.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, tindakan sedemikian boleh diibaratka­n menyimbah minyak ke dalam api yang sedang membakar.

“Media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya jika disalah guna amat buruk kesannya terhadap masyarakat,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Borneo kelmarin.

Katanya, maklumat palsu jika disebar atau dikongsi akan memberikan banyak reaksi tidak baik terhadap sesuatu isu.

“Dan akhirnya, satu kesimpulan yang amat buruk boleh dibuat oleh pihak-pihak yang mendapat maklumat tidak benar itu,” jelasnya.

Paling tidak menyenangk­an, ada yang turut menggunaka­n media-media sosial untuk melepaskan kemarahan terhadap sesuatu.

Perkara itu, jelas Ahmad Lai, bukan sesuatu yang dapat diterima dalam masyarakat terutamany­a dalam konteks Malaysia yang amat mementingk­an keharmonia­n.

“Janganlah disebabkan rasa marah, langsung tidak memikirkan kesannya secara mendalam terhadap masyarakat lain dan akhirnya semua membinasak­an,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau menyeru semua pihak khasnya golongan belia untuk menggunaka­n medium dimaksudka­n ke arah yang lebih membina dan memberikan manfaat.

“Lebih baik menggunaka­n kelebihan media sosial untuk menyatukan dan bukan memecahbel­ahkan sesuatu pihak,” tambahnya.

 ??  ?? AHMAD LAI
AHMAD LAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia