Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mempunyai 272 Pasukan Tindakan Kecemasan

-

SIBU: Sarawak mempunyai 272 Pasukan Tindakan Kecemasan ( ERT) di mana pembentuka­n pasukan tersebut adalah wajib dengan akuan Fire Certificat­e ( FC).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad menyatakan, adalah wajib bagi setiap ERT untuk mempunyai sekurangku­rangnya tujuh ahli.

Nor Hisham juga menambah, pihaknya masih dalam proses memastikan keseragama­n di kalangan ERT.

“Ada ERT yang berfungsi dengan baik manakala terdapat segelintir tidak begitu baik.

“Kami tidak meletakkan ia pada mana- mana situasi, di mana pada peringkat ini, kami hanya menggalakk­an mereka membentuk ERT.

“Dan mereka boleh meminta pihak bomba memberi latihan kepada mereka,” katanya kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawat Kecekapan Pasukan Tindakan Kecemasan di Balai Bomba Sungai Merah di sini kalmarin bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Mengenai pertanding­aan ini, ia adalah salah satu cara untuk mengetahui keberkesan­an sesebuah ERT.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata terdapat 59 kebakaran bagi tempoh 2012/2013 di negeri ini.

Tambahnya, hampir RM3 juta harta benda berjaya diselamatk­an daripada kemusnahan akibat kebakaran.

Kebanyakan kes- kes ini melibatkan kilang- kilang manakala yang lain terdiri daripada rumah- rumah panjang, pejabat dan restoran, jelasnya.

Beliau juga menyebut, terdapat tiga rumah panjang terselamat daripada musnah terbakar kerana penghuni rumah tersebut berjaya mencegah kebakaran dengan menggunaka­n alat pemadam api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia