Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai Pertanding­an Memancing Shimano Pantai Belawai Ketiga

-

SIBU: Kelab Pemancing Sibu (SFC) menjemput kaki pancing untuk menyertai Pertanding­an Memancing Shimano Pantai Belawai Ketiga pada 9 September ini.

Pertanding­an ini yang dianjurkan bersama Kelab Rando, akan bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari di Pantai Belawai.

Setiausaha SFC Peter Sia berkata, pertanding­an ini ditaja oleh Shimano (S) Pte Ltd serta dibahagika­n kepada dua kategori.

Kategori A adalah bagi peserta yang menggunaka­n produk Shimano dan kategori B yang terbuka kepada semua peserta.

“Pemenang bagi ked- ua- dua kategori ini akan menerima hadiah yang berlainan. Ini bermakna peserta yang menggunaka­n produk Shimano akan menerima hadiah tambahan daripada Shimano,” ujarnya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Untuk kategori A, pemenang akan menerima produk Shimano berserta wang tunai dan piala. Sementara kategori B akan menerima wang tunai dan piala.

Bagi yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan di Suria Trading Company di Pusat Tanahwang, Jalan Pedada.

“Yuran penyertaan ialah RM20 bagi ahli SFC dan RM35 bagi bukan ahli. Kami akan menerima pendaftara­n akhir namun dengan yuran sebanyak RM50,” jelasnya.

Selain itu ujar Sia, pihak penganjur turut menyediaka­n hadiah kepada hasil tangkapan terberat (lebih dua kilogram), tidak termasuk ikan pari, jerung dan belut.

“Kami juga menyediaka­n 30 hadiah kepada pemenang bertuah,” katanya sambil menambah Pertanding­an Mewarna untuk kanak-kanak juga akan dianjurkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Suria Trading melalui talian 084-324982, Wong King Uieng ( 0198167327), Peter Sia (0168884811), Matthew ( 084815221) dan Meterang Jami (019-8876820).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia