Utusan Borneo (Sarawak)

Ilmu pengetahua­n rapat jurang antara kaum

Rapat jurang perbezaan Bumiputera, bukan Bumiputera dari segi sosiobuday­a, ekonomi

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Ilmu pengetahua­n merupakan aspek penting yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera dari segi sosiobuday­a dan ekonomi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata ilmu pengetahua­n dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum di negara ini.

“Untuk mengurangk­an perbezaan luar bandar dan bandar, tidak ada cara lain menangani melainkan menerusi penguasaan ilmu pengetahua­n,” katanya pada Majlis Perasmian Klinik Insentif Kecemerlan­gan SPM 2014 (KLIK_SPM 2014) di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) yang dihadiri 200 peserta di sini semalam.

KLIK_SPM 2014 merupa-

Untuk mengurangk­an perbezaan luar bandar dan bandar, tidak ada cara lain menangani melainkan menerusi

” penguasaan ilmu pengetahua­n. Dr Annuar Rapa’ee ADUN Nangka

kan anjuran bersama Persatuan Graduan Bumiputera Sibu (PGBS) dan Pusat Khidmat DUN Nangka bermula pada 24 Ogos lalu setiap hujung minggu selama 10 minggu.

Beliau menegaskan, adalah sukar untuk merapatkan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar sekiranya ilmu pengetahua­n tidak diambil peduli.

“Tanpanya ilmu pengetahua­n dan tanpa pendidikan secukupnya, jurang perbezaan di antara bangsa di Malaysia dan juga antara luar bandar dan bandar tidak akan dapat diselesaik­an semata-mata dengan memberi infrastruk­tur yang cukup,” jelasnya.

Beliau berharap program seperti itu dapat memberi manfaat kepada pelajar sebagai persediaan menduduki SPM agar mendapat keputusan cemerlang dan seterusnya berjaya meneruskan pengajian di peringkat lebih tingi.

Sementara itu, Yang Dipertua PGBS Shahrizal Azhar mengucapka­n penghargaa­n kepada UCTS kerana menyediaka­n ruang belajar yang selesa kepada pelajar program KLIK_SPM 2014.

Selain itu, Timbalan Naib Canselor (Akedemik) UCTS Profesor Datuk Dr Sabarudin Mohd juga mengucapka­n tahniah kepada PGBS dan Dr Annuar kerana mengadakan program seumpama ini yang belum pernah diadakan di mana-mana.

Selain itu, beliau juga menggesa pelajar program tersebut supaya mengambil peluang yang diberi agar merasai suasana berada di kolej/universiti sebagai pemangkin semangat melanjutka­n pengajian di menara gading selepas tamat SPM nanti.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Salemah Chali, Pengerusi Sekretaria­t Pertubuhan Komuniti Nangka (SPEKNA) Dr Isa Ali Wasli, Jawatankua­sa PGBS dan guru-guru pakar program terbabit.

 ??  ?? MANFAATKAN: Antara pelajar yang menyertai program tersebut kelihatan bersemanga­t walaupun terpaksa mengorbank­an cuti hujung minggu demi menimba ilmu pengetahua­n.
MANFAATKAN: Antara pelajar yang menyertai program tersebut kelihatan bersemanga­t walaupun terpaksa mengorbank­an cuti hujung minggu demi menimba ilmu pengetahua­n.
 ??  ?? BERDIRI MEGAH: Bendera Malaysia dan bendera Sarawak berdiri megah di pintu masuk Kampung Piasau Utara, Miri.
BERDIRI MEGAH: Bendera Malaysia dan bendera Sarawak berdiri megah di pintu masuk Kampung Piasau Utara, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia