Utusan Borneo (Sarawak)

21 graduan Perakaunan, Pemasaran kumpulan pertama MPI terima ijazah

-

SIBU: Methodist Pilley Institute (MPI) menyaksika­n tahun penuh bersejarah apabila pelajar kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran menamatkan pengajian mereka.

Pengetua MPI Judy Wong berkata seramai 14 graduan kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan tujuh graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran menerima ijazah masingmasi­ng.

“MPI berbangga dengan pencapaian terbaik tahun ini dengan mempunyai 21 graduan kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan dan Pemasaran,” katanya pada Majlis Konvokesye­n MPI Ke-21, di sini kelmarin.

Pada majlis itu turut menyaksika­n 65 graduan Diploma Perakaunan, 35 graduan Diploma Pengurusan Perniagaan, enam Diploma Sains Komputer dan 17 Diploma Pendidikan Awal KanakKanak menerima diploma masing-masing.

Bagi pencapaian akademi cemerlang, Wong berkata MPI juga mempunyai seramai 19 pelajar berjaya me- namatkan Certified Accounting Technician (CAT) dalam tempoh setahun.

“Kita turut berbangga dengan pencapaian cemerlang Tiong Li Na yang memenangi Anugerah Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA) Malaysia,” ujar beliau.

Wong berkata, MPI akan terus berkembang seiring dengan keperluan masyarakat dan antarabang­sa yang relevan dalam memberi pendidikan terbaik kepada generasi muda.

Dalam perkembang­an lain, Wong memberitah­u, MPI kini sedang menunggu kelu- lusan menawarkan program Diploma in Mobile Computing, Diploma Perniagaan dan Sistem Maklumat serta Diploma Perakaunan dan Perniagaan.

“Kita juga bersedia menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Pelaburan dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak- Kanak,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengurusan MPI Wilson Chang Jih Ren, Naib Canselor UCSI University Datuk Dr Kalid Yusof dan Profesor Kanan Dr Gail Harris Pilley.

 ??  ?? SYABAS: Wong (lapan kiri duduk) bersama graduan MPI.
SYABAS: Wong (lapan kiri duduk) bersama graduan MPI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia