Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Alumni SK Abang Ali ditubuhkan

-

SIBU: Sebuah persatuan baharu iaitu Persatuan Alumni SK Abang Ali (PASKAA) dengan rasminya ditubuhkan sempena Majlis Pelancaran Persatuan Alumni dan Portal Rasmi Alumni tersebut di SK Abang Ali bertemakan ‘Jalinan Kasih’ semalam.

Majlis pelancaran yang menghimpun­kan bekas murid-murid lama dan baharu SK Abang Ali itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Dalam ucapan ringkasnya, Dr Annuar menyifatka­n penubuhan alumni itu membawa erti yang bermakna kepada masyarakat setempat.

“Penubuhan alumni ini amat besar ertinya kepada masyarakat khususnya masyarakat Melayu-Melanau di bandar Sibu,” katanya.

Selain itu, beliau berharap alumni ini akan memainkan peranan penting melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

“Harapan saya dan seluruh masyarakat bahawa alumni atau persatuan bekas pelajar ini ( PASKAA) memain- kan peranan besar justeru melahirkan pelajar- pelajar cemerlang.

“Saya mahu mereka memainkan peranan supaya sekolah ini tidak ketinggala­n ditelan arus pembanguna­n di kawasan sekitarnya,” ujar beliau.

Di samping itu, Dr Annuar berharap suatu masa nanti sebuah sekolah menengah ditubuhkan diberi nama SMK Abang Ali kerana sumbangan sekolah itu amat besar kepada masyarakat di sini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Alumni Datuk Mohamad Yusnar Matalie berkata dalam tempoh dua tahun persatuan itu cuba sedaya upaya mengumpul seberapa ramai bekas murid SK Abang Ali dari awal penubuhan sekolah tersebut untuk didaftarka­n sebagai ahli alumni.

“Pelancaran portal rasmi (www.alumniskaa.com) dan laman Facebook pada majlis itu sebagai medium lebih mudah mengumpul data dan mencari bekas murid SK Abang Ali yang lama meninggalk­an sekolah tersebut.

Hadir sama Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce Tuanku Mohammad, Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit Malsiah Jamal, Guru Besar SK Abang Ali Mahmud Ahad dan Guru Besar SK Perbandara­n Sibu No. 3 Mohd Yunus Lias serta tetamu jemputan lain.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Dr Annuar (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Yusnar (dua kiri) pada majlis pelancaran tersebut.
CENDERAMAT­A: Dr Annuar (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Yusnar (dua kiri) pada majlis pelancaran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia