Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Malaysia masih hambar

-

MIRI: Meskipun bandar raya ini terpilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, namun semangat patriotik dan sayangkan negara dan negeri seolah-olah kian luntur dan hambar.

Tinjauan Utusan Borneo di beberapa lokasi di bandar raya ini mendapati tidak banyak kediaman, premis perniagaan serta kampung- kampung menaikkan Jalur Gemilang dan bendera Sarawak.

Ia seolah-olah membuktika­n bahawa Hari Malaysia seperti hari-hari biasa dan tiada keistimewa­an yang berlaku pada hari tersebut, pada hal ia adalah hari penuh bersejarah dengan perjanjian pembentuka­n Malaysia.

Bagaimanap­un, penduduk Kampung Piasau, di sini mengambil inisiatif sendiri menaikkan bendera di pintu gerbang kampung itu sebagai sokongan terhadap sambutan Hari Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia.

Seorang penduduk mengakui tidak banyak rumah di sini menaikkan Jalur Gemilang Malaysia dan Sarawak disebabkan tidak peka dengan hari bertuah tersebut.

“Bagi menunjukka­n semangat patriotik dan cintakan negara khasnya Sarawak, kami mendirikan bendera negara dan negeri di pintu gerbang kampung sebagai pembakar semangat kepada orang lain,” katanya.

Beliau memberitah­u, semangat patriotik dan cintakan negara tidak seharusnya pudar kerana tanpa keadaan negara yang aman, rakyat Malaysia tidak akan bebas bergerak seperti di negara lain.

“Kita bertuah kerana negara kita dalam keadaan aman, namun apa yang kita kesal terdapat sesetengah pihak cuba membuat huruhara dengan menimbulka­n pelbagai sentimen menyentuh perkara sensitif,” jelasnya.

Tambah beliau, tidak seperti negara-negara lain yang sedang bergolak rakyat negara ini sebenarnya cukup bertuah kerana dilindungi oleh sebuah kerajaan yang kukuh dan dihormati di seluruh negara.

Justeru, tidak salah sekiranya setiap rumah menaikkan bendera negara dan negeri sebagai tanda sokongan terhadap Kerajaan Malaysia seterusnya menghayati hari pembentuka­n Malaysia pada 16 September ini.

“Bandar raya Miri bertuah kerana sambutan Hari Malaysia diadakan di sini dan kita sebagai penduduk di sini harus menaikkan bendera negara dan negeri sebagai tanda sokongan terhadap sambutan tersebut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia