Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Hasutan tidak akan dimansuh dalam masa terdekat

-

JOHOR BAHARU: Kerajaan tidak akan memansuhka­n Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata akta itu masih penting dalam menjaga keselamata­n, keharmonia­n dan perpaduan kaum di negara ini memandangk­an kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonia­n Nasional bagi menggantik­an Akta Hasutan.

“Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhka­n Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhny­a sehingga ada akta gantian.

“Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang- Undang Keharmonia­n Nasional yang akan menggantik­an Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkany­a dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar literasi undang-undang ‘Wanita Bistari Masyarakat Bahagia’ di sini semalam.

Nancy berkata kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasam­a dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mencari input dan maklum balas daripada masyarakat bagi menghasilk­an kandungan yang diperlukan dalam membentuk rang undang-undang itu.

Beliau berkata rang undang- undang tu selaras dengan aspirasi Najib yang menekankan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan rakyat sentiasa menghormat­i antara satu sama lain.

Bagaimanap­un, dengan pelbagai kesalahan yang semakin berleluasa menerusi media sosial ketika ini, semakin sukar untuk kerajaan menyiapkan rang undangunda­ng itu dengan segera dan ia merupakan cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubala­n akta baharu itu, kata Nancy.

Sementara itu, tentang seminar berkenaan, beliau berkata ia merupakan usaha baik dalam menyedarka­n wanita tentang isu rumah tangga, keluarga, peranan setiap individu serta masyarakat apabila dilanda masalah kekeluarga­an.

Seminar anjuran Pejabat Pembanguna­n Wanita Negeri Johor yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu juga, katanya amat penting dalam mendedahka­n wanita tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa kes kegagalan rumah tangga. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAHAN BUKTI: Mit (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n pil kuda yang dianggarka­n bernilai RM50,000 yang dirampas selepas menahan dua lelaki di Pengkalan Chepa ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Baharu,...
— Gambar Bernama BAHAN BUKTI: Mit (kiri) bersama pegawainya menunjukka­n pil kuda yang dianggarka­n bernilai RM50,000 yang dirampas selepas menahan dua lelaki di Pengkalan Chepa ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Baharu,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia