Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan ubah undang-undang dengan sesuka hati, kata Rais

Bagaimanap­un, usaha menambah baik boleh dilakukan

-

JELEBU: Penasihat kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sesuatu undang-undang itu tidak boleh diubah sewenangwe­nangnya semata- mata untuk mengisi desakan semasa.

“Jadi, dalam hubungan itu, kita harus menimba kebijaksan­aan daripada pengalaman tentang Akta ISA dan juga akta baharu seperti SOSMA ( Akta Kesalahan Keselamata­n ( Langkah- Langkah Khas) (Pindaan) 2013 dan juga Akta Perhimpuna­n Aman yang sedang berkuat kuasa sekarang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas majlis perasmian persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Jelebu oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Besar Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang, di sini.

Rais yang Presiden Uni-

Jadi sekarang situasi seperti di pihak yang hendak membawa Sabah keluar daripada Malaysia misalnya. Ini merupakan hasutan tetapi dalam akta ini tidak begitu jelas kedudukann­ya. Harus

” kita berfikir dalam soal ini. Tan Sri Dr Rais Yatim Penasihat kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan

versiti Islam Antarabang­sa (UIA) berkata Akta Hasutan 1948 mempunyai dua peruntukan yang penting iaitu Seksyen 3 dan Seksyen 4 di mana, maruah, imej, kestabilan serta ‘angkat-ungkit’ tentang Raja Melayu, Islam dan perkauman dapat diselarask­an.

Justeru, katanya, Seksyen 3 dan Seksyen 4 ini, walau apapun berlaku tidak harus dipinda.

Rais berkata apa yang penting ialah menjadikan Malaysia ‘tegap’ dan untuk itu akta itu boleh dipinda tetapi hanya untuk diperbaiki lagi bukan menidakkan kuat kuasa Seksyen 3, 4 dan 8, akta tersebut.

Ini penting sebab ada 21 kes dalam tempoh kira-kira 40 tahun yang lalu di mana akta ini telah dapat mendamaika­n situasi dan memberi tenaga dan kuasa kepada pihak yang membuat penterjema­han serta menguat kuasa undangunda­ng, katanya.

“Jadi, pada pandangan saya yang meneliti akta ini sekian lama juga, ia harus kekal tetapi boleh ditambah baik untuk memasukkan ke dalamnya hal-hal berhubung dengan perkauman, hal-hal hendak mengeluark­an mana- mana negeri daripada persekutua­n dan lain-lain.

“Jadi sekarang situasi seperti di pihak yang hendak membawa Sabah keluar daripada Malaysia misalnya. Ini merupakan hasutan tetapi dalam akta ini tidak begitu jelas kedudukann­ya. Harus kita berfikir dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata tentang ISA, ia sudah dipinda dan sudah diusulkan oleh Parlimen dan SOSMA menjadi akta baharu, hanya mekanisme untuk pentadbira­nnya belum jelas.

“Tidak perlu kita hidupkan balik ISA, tetapi kita perlu latihan penguatkua­saan SOSMA. Ini pandangan saya dari segi isian dan juga masa depan perundanga­n negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CEROBOH: Pasukan Polis Marin dari Markas Taktikal Pengerang berjaya menangkap dua tekong bersama 26 awak-awak warga Vietnam dengan penahanan dua buah bot nelayan asing Vietnam di kedudukan 14 batu nautika Tenggara Pulau Tinggi, Mersing semalam pada...
— Gambar Bernama CEROBOH: Pasukan Polis Marin dari Markas Taktikal Pengerang berjaya menangkap dua tekong bersama 26 awak-awak warga Vietnam dengan penahanan dua buah bot nelayan asing Vietnam di kedudukan 14 batu nautika Tenggara Pulau Tinggi, Mersing semalam pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia