Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ: Operasi Khas Nombor Pendaftara­n, penggunaan ‘strobe light’ mulai 1 Okt

-

IPOH: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan melaksanak­an Operasi Khas Nombor Pendaftara­n dan penggunaan ‘strobe light’ pada kenderaan di seluruh negara secara berperingk­at mulai 1 Okt depan.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkat pertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 Nov.

“Operasi itu akan melibatkan anggota penguat kuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluark­an notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul.

Katanya, sepanjang operasi peringkat pertama, anggotanya akan mengedarka­n risalah spesifikas­i nombor pendaftara­n kenderaan yang telah ditetapkan di bawah kaedah 6 Kaedah-Kaedah kenderaan Motor (Pendaftara­n dan Pelesenan) 1959.

Ismail berkata pemeriksaa­n melalui sekatan jalan raya dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat pertama tidak akan dikenakan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

“Mereka akan diberikan surat peringatan supaya nombor pendaftara­n yang dipamer ditukar kepada nombor pendaftara­n yang mengikut peraturan,” katanya.

Bagaimanap­un mulai 1 Nov, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM300.

JPJ juga akan meminta pemilik kenderaan melucut ‘strobe light’ dari kenderaan mereka.

Beliau berkata JPJ juga telah meningkatk­an operasi penguatkua­saan khas bagi kenderaan barangan yang lebih muatan dan membawa barangan yang berbahaya dalam skala besar.

Kenderaan sedemikian bukan sahaja mendatangk­an bahaya kepada diri sendiri tetapi juga orang ramai, katanya.

Sementara itu, Ismail berkata statistik kemalangan jalan raya mencatatka­n sebanyak 6,915 kes kematian pada tahun 2013 dan angka tersebut dijangka meningkat kepada 10,716 kes pada 2020 jika penguatkua­saan tidak dilakukan.

Dengan penguatkua­saan itu, JPJ menyasarka­n menjelang tahun berkenaan kadar kematian menurun kepada 5,300 kes, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia