Utusan Borneo (Sarawak)

Elemen Akta Hasutan tetap dikekalkan dalam akta baharu

-

KUANTAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekiranya terdapat akta baharu menggantik­an Akta Hasutan 1948 nanti, elemen- elemen tertentu yang termaktub di dalam Akta Hasutan tetap dikekalkan.

Katanya, tidak semestinya jika Akta Hasutan 1948 dimansuhka­n dan digantikan dengan satu akta baharu, semua elemen di dalamnya akan turut dimansuhka­n.

“Kita tahu kerajaan sudah umumkan Akta Keharmonia­n Nasional akan diperkenal­kan bagi menggantik­an Akta Hasutan 1948 dan harus kita ketahui tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menggantik­an Akta Hasutan ini bukanlah untuk menghapusk­an semua elemen di dalam akta ini.

“Sebaliknya apa yang akan dilakukan adalah mungkin memperkuku­hkan beberapa klausa yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948 yang tidak lagi relevan dengan situasi semasa dan perkukuhka­n ia di dalam Akta Keharmonia­n Nasional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Kuantan di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata sehingga kini belum ada sebarang draf Rang UndangUnda­ng Keharmonia­n Nasional yang dirangka untuk menggantik­an Akta Hasutan 1948.

“Ia (Akta Keharmonia­n Nasional) hanya satu rancangan kerajaan seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, tetapi jika desakan akar umbi contohnya melalui mesyuarat di cawangan atau bahagian Umno yang memperliha­tkan rasa tidak puas hati jika Akta Hasutan digantikan, kita akan ambil kira maklum balas ini.

“Setakat ini, perkara ini belum muktamad dan Perdana Menteri pun nak dengar suara rakyat dalam perkara ini sebelum ia menjadi draf yang akan dikemukaka­n kepada Jabatan Peguam Negara dan dijadikan sebagai satu akta baharu yang akan dibawa ke sidang Parlimen,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia