Utusan Borneo (Sarawak)

Musim sejuk boleh sulitkan siasatan di lokasi nahas MH17

Hanya beberapa minggu sahaja lagi musim sejuk akan tiba

-

KUANTAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu siasatan di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbanga­n MH17 di timur Ukraine dilakukan segera kerana dikhuatiri musim sejuk yang bakal melanda kawasan itu tidak lama lagi akan menyulitka­n proses tersebut.

Ahmad Zahid berkata jika tindakan segera tidak diambil musim sejuk dan bersalji yang akan melanda kawasan nahas dalam masa beberapa minggu lagi akan menyulitka­n siasatan Pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia ( PDRM) yang akan berlepas ke lokasi nahas malam tadi.

“Malam ini (malam tadi), 30 pegawai dan anggota PDRM akan ke Ukraine bagi meneruskan usaha siasatan tragedi MH17 untuk mencari cebisan atau tinggalan mayat yang belum ditemui untuk dilakukan ujian DNA sebelum dibawa pulang ke negara asal termasuk Malaysia.

“Siasatan ini perlu dilakukan sebelum musim sejuk yang akan tiba beberapa minggu lagi daripada sekarang kerana apabila kawasan itu diliputi salji, maka siasatan tidak boleh lagi dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan di sini semalam.

Beliau berkata dengan keadaan cuaca tersebut, usaha dan tindakan segera perlu dilakukan oleh PDRM dalam mencari cebisan mayat atau bahan bukti lain.

“Siasatan yang akan dijalankan anggota kita juga adalah bagi membawa bukti ke mahkamah di atas penem-

“dan anggota PDRM akan ke Ukraine bagi meneruskan usaha siasatan tragedi MH17

untuk mencari cebisan atau tinggalan

mayat yang belum ditemui untuk dilakukan ujian DNA sebelum dibawa

“pulang ke negara asal termasuk Malaysia. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri

bakan yang berlaku melalui peluru berpandu kerana cebisan bangkai pesawat MH17 bertaburan, maka ia akan dijadikan bahan bukti sebelum pendakwaan di mahkamah dapat dilakukan oleh pihak penyiasata­n antarabang­sa dan Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pasukan pada kali ini turut disertai unit penyelam yang akan melakukan penyelaman di tasik berhampira­n kawasan nahas memandangk­an pasukan sebelum ini tidak dapat melakukann­ya akibat pertempura­n di antara tentera Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia.

Mengulas lanjut, beliau berkata pada masa ini tentera Ukraine dan puak pemisah proRusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus dan kesempatan ini boleh digunakan oleh anggota keselamata­n negara untuk mempercepa­tkan siasatan di lokasi nahas.

“Bila tiada pertempura­n dan berlakunya genjatan, maka pengawasan keselamata­n anggota kita adalah di bawah Pertubuhan Keselamata­n dan Kerjasama Eropah ( OSCE). Kita dimaklumka­n kedua-dua pihak yang bertelagah itu sudah bawa aset mereka meninggall­kan kawasan perang sebagai satu kaedah memenuhi genjatan senjata,” katanya.

Penerbanga­n MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia dipercayai ditembak jatuh dan sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggun­gjawab terhadap perbuatan kejam itu.

Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Boeing 777-200 itu dan setakat ini 32 mangsa tragedi warga Malaysia telah dikenal pasti dengan 31 daripadany­a dibawa pulang ke tanah air. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Zahid (tiga kiri) beramah mesra dengan sebahagian veteran UMNO selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Zahid (tiga kiri) beramah mesra dengan sebahagian veteran UMNO selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota di Kuantan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia