Utusan Borneo (Sarawak)

MH17: Hishammudd­in berlepas ke Kiev malam tadi

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata beliau akan berlepas ke Kiev, Ukraine malam tadi bagi memastikan keselamata­n pasukan penyiasat Malaysia terjamin ketika memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Katanya, kerajaan tidak akan berdiam diri memandangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji kepada anggota keluarga dan waris mangsa untuk melakukan segala yang termampu bagi membawa pulang jenazah mangsa tragedi MH17 ke tanah air serta membawa mereka yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan.

“Tidak akan berhenti sehingga kami dapatkan keadilan bagi (mangsa) MH17...Malaysia menuntut keadilan agar mereka yang bertanggun­gja- wab menembak jatuh MH17 dibawa ke muka pengadilan dan itu memerlukan bukti dan maklumat (kukuh), yang kini sedang dikumpul oleh pasukan-pasukan tertentu.

“Kita cuma tidak mahu melakukan sesuatu yang membawa risiko kepada pasukan keselamata­n (penyiasat) kita, sebab itu saya nak tengok sendiri jaminankes­elamatan di lokasi nahas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Institut Onn Ja’afar di sini, semalam.

Hishammudd­in bagaimanap­un tidak mendedahka­n pihak yang bakal ditemuinya pada lawatan itu dan mengulangi pendirian bahawa Malaysia tidak akan campur tangan dalam konflik geopolitik yang sedang berlaku di wilayah berkenaan.

Katanya selepas di Ukraine, beliau akan ke Moscow, Rusia dan Amsterdam, Belanda bagi membincang­kan mengenai proses penyiasata­n berhubung nahas MH17.

Hishammudd­in berkata Australia juga akan bersamasam­a Malaysia dalam usaha untuk menuntut keadilan berhubung nahas MH17 dan mencari baki mayat atau cebisan mayat pesawat itu.

Penerbanga­n MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom,Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PARA SUKARELAWA­N: Hishammudd­in (duduk tengah) bergambar bersama para sukarelawa­n selepas Majlis Pelancaran Institut Onn Ja’afar di Avenue K di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PARA SUKARELAWA­N: Hishammudd­in (duduk tengah) bergambar bersama para sukarelawa­n selepas Majlis Pelancaran Institut Onn Ja’afar di Avenue K di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia