Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan Daya Saing Global iktiraf usaha negara memerangi rasuah

-

KUALA LUMPUR: Laporan Daya Saing Global 2014-2015, yang menyenarai­kan kedudukan Malaysia meningkat ke tangga 20 daripada kalangan 144 negara, turut mengiktira­f bahawa Malaysia secara relatif berjaya dalam usaha memerangi soal rasuah dan birokrasi.

Malaysia memperbaik­i kedudukan daya saing negara berbanding di kedudukan ke24 daripada 148 negara yang dicatat tahun lepas.

Menurut laporan itu yang dikeluarka­n baru-baru ini, Malaysia yang memperkena­lkan strategi transforma­si besar-besaran sejak 2009, muncul antara negara yang berjaya memerangi elemen rasuah dan birokrasi, yang sering menjadi perhatian ramai pihak.

“Di sebuah rantau yang dihimpit ( isu) rasuah dan birokrasi, Malaysia muncul sebagai antara negara yang secara relatifnya berjaya dalam menangani kedua-dua isu ini sebagai sebahagian daripada program ekonomi dan program transforma­si kerajaan,” demikian menurut laporan berkenaan.

Ulasan Laporan Daya Saing Global 2014-2015 ini merupakan satu lagi pengiktira­fan antarabang­sa ke atas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan khususnya Malaysia selepas penilaian Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berkenaan Dadah dan Jenayah mengiktira­f kejayaan dan amalan baik negara dalam menangani isu rasuah.

Satu daripada aspek yang diiktiraf ialah kebebasan SPRM menangani elemen rasuah dengan pembentuka­n Panel Penilaian Operasi (PPO) - satu daripada lima badan bebas yang memantau operasi dan perjalanan SPRM. Malaysia merupakans­atu-satunya negara di dunia mempunyai lima badan bebas yang memantau badan pencegahan rasuah negara.

Bagi memastikan kebebasan dan ketelusan operasi siasatan, pada tahun 2008, kerajaan menubuhkan SPRM bagi menggantik­an Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan meng- gubal undang-undang pencegahan rasuah baharu iaitu Akta SPRM. Malah pembentuka­n SPRM juga disusuli dengan kewujudan lima badan bebas.

Tahun berikutnya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan memperkena­lkan Bidang Keberhasil­an Utama Negara ( NKRA) khusus untuk pencegahan rasuah. NKRA Membantera­s Rasuah berkomited untuk mempertaha­nkan prinsip kesaksamaa­n dan keadilan di Malaysia dan melaksanak­an pelbagai inisiatif, termasuk mengadakan mahkamah khas bagi membicarak­an kes rasuah.

Selain itu, Laporan Daya Saing Global 2014-2015 turut mengesahka­n Malaysia berada dalam kedudukan yang memuaskan dalam komponen Indeks etika dan rasuah.

“Malaysia berada dalam kedudukan memuaskan (di tangga) ke-26 dalam komponen indeks etika dan rasuah, tetapi masih ada ruang untuk penambahba­ikan,” menurut laporan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia