Utusan Borneo (Sarawak)

Hentikan cakap-cakap Sabah akan keluar Malaysia: Musa

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kumpulan yang menghasut dan menyebarka­n cakap- cakap dan desas-desus bahawa negeri ini akan keluar daripada Malaysia.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata cakapcakap itu bukan sahaja merupakan satu hasutan tetapi boleh menjejaska­n keamanan dan keharmonia­n yang dinikmati rakyat Malaysia di Sabah selama ini.

“Cukup-cukuplah. Jangan ancam dan cabar perlembaga­an negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Musa berkata pandangan kumpulan terbabit tidak mewakili majoriti dan percaya bahawa penduduk Sabah umumnya taat setia pada Ma- laysia.

“Kumpulan ini boleh buat banyak dakwaan yang mereka mempunyai ramai pengikut. Bagaimanap­un, apa yang paling malang adalah terdapat ahli politik yang tidak bertanggun­gjawab dan mewajarkan tindakan seperti ini demi kepentinga­n agenda mereka sendiri,” katanya.

Musa, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n Negeri berkata kerajaan persekutua­n telah pun menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak merupakan rakan penting dalam persekutua­n.

Beliau berkata berbilion-bilion ringgit disalurkan kepada kedua-dua negeri setiap tahun untuk membiayai pelbagai projek dan program untuk faedah rakyat.

“Kami tahu masih banyak yang perlu dilakukan dan isu untuk diselesaik­an. Banyak kerja yang sedang dilakukan di Sabah dan kami sentiasa berusaha mencari penyelesai­an terhadap isu-isu. Kami adalah sebuah masyarakat sivil dan negara yang berpaksika­n undangunda­ng, yang tiada ruang bagi keangkuhan dan ekstremism­e,” kata Ketua Menteri.

Rabu lepas, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis Sabah telah menubuhkan pasukan khas bagi meneliti kenyataan berbaur hasutan mendesak agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.

Beliau berkata polis telah menerima laporan tentang satu kumpulan yang sedang giat menggerakk­an usaha untuk Sabah keluar daripada Malaysia, menerusi laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia