Utusan Borneo (Sarawak)

PKR gagal fahami kuasa sultan, kata Najib

Mereka pertikai kuasa sultan, bersekongk­ol dengan DAP untuk lantik presiden jadi MB

-

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PKR gagal memahami Undangunda­ng Tubuh Kerajaan Negeri Selangor apabila mempertika­i kuasa Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dalam soal pelantikan menteri besar.

Perdana Menteri berkata, parti itu juga sanggup bersekongk­ol dengan DAP semata-mata untuk memastikan cita- cita untuk melantik Presidenny­a Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor tercapai.

“Tengok gelagat PKR di Selangor macam mana, mereka tidak faham perlembaga­an tentang kedudukan raja-raja.

“Yang tersurat itu satu, yang tersirat pun mereka tak faham, tetapi saya faham. Sebab itu mereka bersekongk­ol dengan DAP, macam beri kata dua kepada raja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulung­an perbahasan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen di sini semalam.

Sehubungan itu, Najib berkata anggota UMNO perlu menerangka­n kepada anak-anak mereka tentang keadaan yang akan berlaku, jika UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya tidak lagi memegang kuasa.

“Tengok keadaan sekarang, apabila kita tiada kuasa, apa akan jadi kepada intitusi

Yang tersurat itu satu, yang tersirat pun mereka tak faham, tetapi saya faham. Sebab itu mereka bersekongk­ol dengan

” DAP, macam beri kata dua kepada raja.

raja-raja, agama Islam apa akan jadi, kedudukan orang Melayu apa akan jadi dan ini semua mesti terang kepada anak-anak kita.

“Jangan sesekali ada anakanak UMNO yang tidak menjadi menyertai parti, saya pantang sekali kalau dengar orang macam Dyana, mak ayah orang UMNO tetapi anak masuk DAP, sehubungan itu kita perlu ‘UMNOkan’ anakanak kita,” katanya.

Dyana Sofya Mohd Daud adalah calon DAP bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang diadakan pada 31 Mei lalu.

Menurutnya, jika perkara itu tidak dilakukan, kecemerlan­gan perjuangan UMNO selama ini dalam soal membela nasib orang Melayu serta agama Islam serta mempertaha­nkan insitusi diraja tidak akan terjamin kelangsung­annya.

Beliau turut menegur segelintir kakitangan kerajaan yang mempunyai anak-anak yang tidak menyukai kerajaan, namun dalam masa sama mengharapk­an pelbagai bantuan diberikan kepada mereka.

Najib berkata dalam masa yang sama, UMNO perlu mengamalka­n corak politik baharu untuk memastikan parti itu dilihat sebagai parti yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan dinamik.

“Dunia hari ini menuntut kita mengamalka­n politik baharu, kalau kita dengan cara politik lama dan tidak faham apa itu politik baharu, maka bagaimana kita hendak menjaga orang muda.

“Kita juga mesti faham apa wahana atau media yang mereka gunakan untuk sumber maklumat.. bukan lagi daripada akhbar dan televisyen, tetapi daripada media sosial, menerusi telefon pintar.

“Itu medium untuk orang muda dan dalam medium ini kita mesti tentukan UMNO ada peranan,” katanya.

Melalui cara itu, katanya, imej parti akan dilihat lebih segar dan menerima unsurunsur teknologi baharu serta menjadi parti bagi masa depan dan bukan parti untuk masa lalu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUNJUNGAN: Mustapa (tengah) bertanya sesuatu kepada Wan Jusof Wan Awang, 75, yang menghidap strok dan penyakit jantung setahun yang lalu ketika mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kampung Ketil di Tumpat, semalam.
— Gambar Bernama KUNJUNGAN: Mustapa (tengah) bertanya sesuatu kepada Wan Jusof Wan Awang, 75, yang menghidap strok dan penyakit jantung setahun yang lalu ketika mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Kampung Ketil di Tumpat, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Najib (kiri) yang juga Presiden UMNO dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ceria ketika diusik semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2014 di Pekan, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Najib (kiri) yang juga Presiden UMNO dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ceria ketika diusik semasa hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan 2014 di Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia