Utusan Borneo (Sarawak)

PAS kini hadapi pergolakan dalaman, kata Guan Eng

-

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam mengakui parti PAS kini sedang menghadapi pergolakan dalaman selepas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertika­ikan keupayaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor (MB).

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanap­un enggan mengulas perkara itu.

“Oleh itu, tidak sesuai bagi saya untuk membuat sebarang komen terhadap isu ini kerana saya tidak mahu dilihat sebagai campur tangan dalam hal dalaman PAS,” katanya kepada pemberita di sini semalam selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi.

Abdul Hadi ketika menghadiri sesi dialog di Kuala Terengganu kelmarin menya- takan bahawa keputusan PAS menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bukan kerana jantinanya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.

Abdul Hadi berkata seorang MB seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayak­an untuk memegang jawatan seumpama itu.

Namun Lim berkata DAP tetap percaya dan yakin kemampuan Wan Azizah untuk menggalas tugas MB.

Katanya, Wan Azizah seorang yang berpengala­man dan telah berjaya mengambil alih tugas PKR ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarak­an.

“Berilah beliau (Wan Azizah) peluang untuk menunjukka­n keupayaann­ya untuk menjadi menteri besar,” katanya.

Sementara itu, Lim berkata Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman harus memohon maaf berhubung dakwaan kerajaan negeri memberi peruntukan RM1.5 bilion kepada Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

“Kalau sudah buat salah, minta maaflah,” katanya.

Kelmarin, Zainal Abidin mengakui kesilapan dalam laporan laman web UMNO pada 4 Sept yang mendakwa keseluruha­n kerajaan negeri telah memperuntu­kkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS.

Sementara itu, di NIBONG TEBAL, Zainal Abidin berkata Lim Guan Eng sepatutnya memberi keutamaan kepada isu berkepenti­ngan rakyat dan bukan memfokus kepada isu remeh-temeh.

Ketua UMNO bahagian Nibong Tebal itu berkata sebagai Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri, Lim juga seharusnya lebih bijak mengawal emosi dan bersedia memaafkan kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia