Utusan Borneo (Sarawak)

AMK mahu Presiden PAS tarik balik kenyataan Wan Azizah tidak berkeboleh­an

-

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataann­ya yang mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkeboleh­an untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Menurut Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan itu dilihat tidak mencermink­an semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi ia daripada presiden sebuah parti komponen yang lain.

“AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkina­n kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirk­an kepentinga­n untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah telah memimpin PKR sejak 1999, dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkan­g pada tahun 2008.

“Beliau telah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang telah memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

“AMK turut kesal dengan kenyataan berkenaan dan mahu Abdul Hadi agar menghormat­i keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan yang meletakkan Dr Wan Azizah sebagai satusatuny­a calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu,” katanya.

Berdasarka­n laporan media kelmarin, semasa sesi soal jawab dalam dialog dan pen- erangan isu semasa di Rusila, Marang, Terengganu, Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS tidak menamakan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baharu kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu tidak berkeboleh­an.

Abdul Hadi turut menegaskan bahawa Wan Azizah ditolak sebagai calon menteri besar bukan disebabkan beliau seorang wanita, tetapi syarat melantik pemimpin mestilah seorang yang mempunyai kebolehan dan kelayakann­ya untuk menjadi pemimpin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia