Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera BN diingatkan tidak ambil ringan PRK Pengkalan Kubor

-

TUMPAT: Jentera Barisan Nasional (BN) diminta agar tidak mengambil ringan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept ini sebaliknya perlu bekerja keras memastikan BN terus menguasai DUN itu nanti.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata BN dijangka berhadapan PAS pada PRK itu yang pastinya akan memberikan tentangan hebat.

“Jentera BN jangan ambil ringan kerana ini adalah negeri yang diperintah PAS. Kemungkina­n besar PAS akan bertanding di sini menggantik­an Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kalau PAS bertanding mereka akan memberikan tentangan yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di sekitar DUN berkenaan di sini, semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri itu berkata jentera BN perlu menggunaka­n kaedah yang dibenarkan dalam undang-undang ketika berkempen nanti untuk mengelak insiden yang tidak diingini.

“Kita mahu kempen ini berlangsun­g dalam keadaan baik dan penuh dengan silaturahi­m. Jangan ada kempen yang memecahbel­ahkan perpaduan kerana kita satu bangsa dan negara walaupun berlainan parti,” katanya.

Beliau juga mahu PAS yang menuduh UMNO akan membawa samseng pada PRK itu agar menarik balik dakwaan berkenaan kerana UMNO sama sekali tidak akan membenarka­n perkara itu berlaku.

Menurutnya dalam tinjauan awal mendapati rata-rata pengundi di DUN itu kini mahu melihat siapa calon mereka yang sudah pastinya menjadi pengukur kepada sokongan terhadap parti bertanding.

Katanya, UMNO dan BN telah pun mengadakan program awal iaitu mengadakan ceramah dalam kumpulan kecil dan berkunjung dari rumah ke rumah dalam memberikan penerangan bagi mengekalka­n momentum sokongan terhadap BN.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang­nya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari Barisan Nasional (BN), akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarha­m yang mewakili BN mengalahka­n calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia