Utusan Borneo (Sarawak)

Marquez tawan litar Silverston­e, catat kemenangan yang ke-11

-

SILVERSTON­E, United Kingdom: Pendahulu kejuaraan lumba motosikal dunia Marc Marquez mencatatka­n 11 kemenangan dalam 12 perlumbaan pada musim ini semalam (Ahad) apabila dia memenangi MotoGP Britain di Silverston­e.

Penunggang Honda berusia 21 tahun dari Sepanyol itu – yang pada Sabtu lepas berada di petak pertama buat kali ke- 10 dalam kempen semasa – menang dalam pertarunga­n yang menakjubka­n dengan rakan senegara dan juara dunia dua kali Jorge Lorenzo yang menunggang motosikal Yamaha.

Rakan sepasukan Lorenzo dan legenda dari Itali Valentino Rossi menduduki tempat ketiga dalam rekod penampilan ke-246 dalam MotoGP manakala rakan Marquez dalam pasukan Honda Dani Pedrosa menduduki tempat keempat selepas memenangi GP Czech sebelum ini.

Ia adalah perlumbaan ketiga berturut-turut di mana Yamaha telah menaiki tempat kedua dan ketiga di atas podium.

Marquez mengutip 288 mata manakala Pedrosa, yang menandatan­gani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Honda, menduduki tempat kedua dengan 199 mata dan Rossi, yang turut memberikan komitmen selama dua tahun lagi kepada Yamaha, menduduki tempat ketiga dengan 189 mata manakala Lorenzo memperoleh­i 157 mata ketika perlumbaan berbaki enam lagi.

Marquez, yang mempamerka­n persembaha­n yang ham

bar dan men- duduki tempat keempat di Republik Czech, berkata dia seronok bertarung dengan Lorenzo.

“Secara jujur Jorge jauh lebih mantap berbanding apa yang saya jangkakan,” katanya.

Lorenzo, yang memenangi dua edisi terakhir perlumbaan di Britain, berkata dia terkejut dengan prestasi motosikaln­ya.

“Marc memiliki tenaga tetapi seperti apa yang pernah katakan dalam perlumbaan kadang-kadang kita ada kejutan,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Rossi, yang memegang rekod sepanjang zaman dalam kemenangan 500cc/MotoGP dengan 60, gembira sekali dengan kejayaanny­a menaiki podium.

“Saya sangat gembira kerana memenangi tempat podium pertama saya di Silverston­e ( perlumbaan itu diadakan di sana hanya sejak 2010),” kata pelumba berusia 35 tahun itu.

“Saya ada rentak yang baik pada mulanya dan kekal bersama Jorge dan Marc tetapi saya membakar tayar belakang saya dan selepas itu saya tidak ada peluang. Kami mesti memperbaik­i lagi motosikal supaya pada masa depan, saya dapat terus menyaingi mere- ka.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BERPUAS HATI: Marquez meraikan kejayaanny­a memenangi MotoGP Britain di Litar Silverston­e di England.
— Gambar Reuters BERPUAS HATI: Marquez meraikan kejayaanny­a memenangi MotoGP Britain di Litar Silverston­e di England.
 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEMENANGAN: Pasukan Ivory Coast meraikan gol jaringan mereka pada perlawanan Piala Negara Afrika di antara Ivory Coast dan Sierra Leone di Stadium Felix Houphouet-Boigny di Abidjan.
— Gambar AFP GOL KEMENANGAN: Pasukan Ivory Coast meraikan gol jaringan mereka pada perlawanan Piala Negara Afrika di antara Ivory Coast dan Sierra Leone di Stadium Felix Houphouet-Boigny di Abidjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia